[VIDEO] Ederson Berlatih Penalti Semua Masuk Termasuk Panenka: “Penalti Kelima Aku Dah ‘Cop'”

Ederson nampaknya sudah menyiapkan dirinya melakukan penalti sekiranya pasukannya terpaksa bertarung dalam penentuan penalti.

Penjaga gol Manchester City itu dilihat melakukan beberapa aksi sepakan penalti dan luar biasa sekali kemampuan beliau. Di mana ada di antara penalti tersebut Ederson melakukan panenka.

Menurut wartawan BR Sports yang berada di tempat kejadian, kesemua penalti Ederson masuk.

Ditanya sama ada Ederson berusaha keras untuk memastikan dia mampu melakukan sepakan yang sempurna, Ederson menafikannya.

Menurut Ederson, beliau berlatih biasa biasa sahaja kerana Ederson memang mampu melakukan penalti.

Ederson turut menyatakan dia sudah menempah slot penalti kelima yang biasanya menjadi penalti penentuan. Begitu yakin anak muda Brazil itu.

“Saya tak perlu berlatih banyak sangat, tetapi, penalti kelima – saya akan ambik yang terakhir tu, penalti penentuan. Saya dah minta untuk melakukan penalti kelima.”

Manchester City merupakan pasukan yang banyak miss penalti musim ini. Guardiola pernah mencadangkan agar Ederson mengambil penalti untuk mereka.

Ini kerana Ederson antara pemain yang sangat bagus mengambil penalti. Dan Ederson menyatakan, di pusat latihan, beliau adalah pelaksana penalti terbaik.

Ederson pasti akan menjadi tumpuan kerana beliau merupakan offensive keeper yang sangat bagus. Beliau berpeluang membantu City menjulang kejuaraan Eropah yang pertama di dalam sejarah kelab mereka.

Manchester City akan berhadapan dengan Chelsea di Estadio Do Dragao. Venue pertandingan diubah dari Istanbul kerana isu protokol kesihatan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.