[VIDEO] Ederson Melakukan Hantaran 70 Meter Untuk Assist Haaland

Sebelum ini Alisson melakukan assist kepada Mohamed Salah, dan terbaru giliran Ederson pula melakukan assist kepada Erling Haaland.

Itulah kisah penjaga gol – penjaga gol dari Brazil yang memiliki kehebatan dengan kaki mereka.

Ederson sekali lagi menjadi perhatian media kerana hantaran luar biasanya. Sebenarnya ini bukan pertama kali Ederson melakukan assist terus kepada penyerang.

Dalam aksi antara Manchester City dan Brighton, Haaland sekali lagi dalam senarai penjaring gol.

Kali ini dia menerima hantaran sejauh 70 meter yang dilakukan Ederson.

Haaland yang dicabar penjaga gol, Robert Sanchez dan pertahanan Brighton, begitu tenang mengawal bola dengan dadanya dan kemudian melakukan body contact ke atas Webster membuatkan pemain itu tersungkur.

Haaland kemudian dengan mudah menolak bola masuk.

Saksikan di sini:

Haaland menjaringkan satu lagi gol kemudian menerusi sepakan penalti.

Manchester City kembali merapatkan jurang mata kepada 1 mata di belakang Arsenal yang berada di tangga teratas.

Manchester City menang 3-1 ke atas Brighton dalam aksi yang berlangsung di Etihad.

Selain Haaland dua gol Haaland, satu lagi gol Manchester City adalah menerusi Kevin De Bruyne.

Sementara gol sagu hati pasukan pelawat adalah dijaringkan Leandro Trossard.

Haaland setakat ini sudah menjaringkan 17 gol dalam aksi EPL untuk Manchester City. Rekod gol yang lebih bagus daripada mana mana pemain City musim lalu.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.