[VIDEO] Emi Martinez Koyak Dan Mahu Bergaduh Selepas Zaha Menganjingnya

Dia buat kat orang boleh, orang buat kat dia sikit je terus melenting. Itulah antara komen peminat ke atas Emi Martinez ketika dia benar benar bengang dengan Zaha dalam satu insiden di Selhurst Park pada aksi ketiga EPL musim 2022/23.

Penyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha benar benar membuatkan Martinez koyak dan hilang kawalan selepas pemain itu memandangnya dengan jelingan sinis sebaik sahaja melakukan rebound daripada sepakan penalti.

Zaha menjaringkan 2 gol dan satu lagi gol daripada Jean-Philippe Mateta menambah satu lagi untuk memastikan Palace bangkit daripada ketinggalan 1 gol dan menang.

Ollie Watkins meletakkan Aston Villa di hadapan sebelum itu. Namun Zaha terus membalasnya untuk menjaringkan gol kedua peribadinya musim ini.

Pemain antarabangsa Ivory Coast international itu memiliki peluang keemasan untuk menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-58 selepas Lucas Digne handball dalam kotak penalti.

Martinez kemudian seperti biasa, cuba bermain psikologi dengan penendang penalti. Dia berjaya membaca percubaan Zaha dengan tepat dan menafikan penalti itu dengan tangan kirinya.

Namun Zaha melakukan tindakan susulan untuk memastikan bola masuk pada percubaan kedua. Dia kemudian menjeling ke arah Martinez yang sebentar tadi cuba mengganggunya secara psikologi. Martinez berkata sesuatu dengan Zaha bagi memastikan pemain itu tertekan.

Malang sekali ianya tidak berjaya kali ini. Malah Zaha pula yang menganjingnya selepas itu.

Penjaga gol itu bengang dan cuba menyerang penyerang sayap Palace itu. Zaha pula hanya ketawa kecil dan meletakkan tangan di kuping telinganya untuk meraikan gol bersama sama rakannya.

Martinez terpaksa ditenangkan Tyrone Mings untuk mengelakkannya melakukan kontak fizikal dengan Zaha. Martinez mendakwa Zaha seharusnya dikenakan tindakan ataupun kad amaran oleh pengadil kerana tindakan provokasinya.

Musim lalu, Martinez dengan selamber memprovokasi Bruno Fernandes dengan meminta pemain itu menyerahkan bola kepada penendang penalti lebih baik iaitu Cristiano Ronaldo. Dia mahu berdepan Ronaldo bukannya Fernandes.

Ronaldo bengang dengan cara Martinez itu. Fernandes turut terkesan dengan permainan psikologi Martinez telah gagal menyempurnakan penalti minit ke-92 di Old Trafford. Dengan penjaga gol itu kemudian meraikan kegagalan itu dengan gaya menari nari di hadapan peminat Man United di Stretford End.

Dia juga beberapa kali melakukan psikologi yang sama ketika bersama dengan Argentina sehinggakan dia digelar sebagai King of Taunting.

Tetapi Zaha kali ini memberikan dia sedikit balasan. Ternyata dia tidak dapat menerimanya dan menganggap ia provokasi melampau.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang