[VIDEO] Enrique Bengang Sepak Botol Air Tengok Donnarumma Tak Ikut Arahan Taktikal

Pada kedudukan 4-0 pada separuh masa pertama, bukan alasan untuk mana mana pemain tidak bermain dalam ‘bahasa’ taktikal yang sama.

Itu yang harus disemai dalam jiwa pemain PSG ketika ini. Gianluigi Donnarumma mungkin hanya melakukan kesalahan kecil di mata penyokong ketika dia memutuskan untuk melambungkan bola dari belakang.

Namun bagi Enrique itu adalah masalah disiplin dalam taktikal. Dan jelas dia tak gembira sambil menendang botol air di tepi padang. Geram je dia.

Enrique mahukan bola itu dihantar dari bawah oleh penjaga gol dengan hantaran pendek. Kerana rakan Donnarumma yang lain sudah membentuk formasi untuk mengalirkan bola dari bawah.

Malangnya Donnarumma telah membuat pilihannya sendiri.

Donnarumma seringkali dikritik kemampuannya dalam ball playing. Membuatkan Enrique dikaitkan dengan perpindahan Kepa Arrizabalaga sebelum ini.

Namun Enrique tetap menyatakan dia yakin Donnarumma akan mampu bermain dengan sistem taktikal yang dia mahukan.

PSG cemerlang membenam Olympique Lyon dengan keputusan 4-1 di Lyon.

Kylian Mbappe menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini, pada minit ke-4 dan penalti masa kecederaan separuh masa pertama.

Sementara itu Achraf Hakimi dan Asensio menambah 2 lagi gol masing masing minit ke-20 dan ke-38.

Lyon kini sudah menelan 3 kekalahan dalam 4 perlawanan pertama, meletakkan mereka di dasar liga. Ultras Lyon menyekolahkan kesemua pemain Lyon agar tidak berterusan mencemari kesucian jersi Lyon yang mereka pakai.

Antara kata kata pedih ditujukan kepada pemain: “Ada orang lain sebelum ini memakai jersi ini sebelum kamu, dan mereka memberikan segalanya demi jersi itu. Kamu jangan rosakkan kesuciannya.”