Jose Mourinho seringkali dikaitkan dengan perwatakan yang agak ego sanggup melakukan apa sahaja untuk menyakiti lawannya.
Namun sebenarnya, Mourinho masih memiliki semangat kesukanan yang tiada tara.
Dalam aksi pemanas badan antara Roma dan kelab Albania, Partizani Tirana, pasukan lawan terpaksa bermain 10 pemain pada separuh masa kedua.
Ini kerana mereka sudah menggunakan kesemua 10 pertukaran pemain mereka.
Selepas membuat 10 pertukaran itu seorang pemain Partizani cedera. Pengadil tidak membenarkan pasukan itu menggunakan pertukaran ke-11 mereka malam itu. Dan bermakna Partizani harus bermain 10 pemain.
Mourinho bertanya kepada pegawai keempat perlawanan, apa sebenarnya berlaku? Kenapa pasukan lawan tidak dibenarkan memasukkan seorang lagi pemain? Kerana itu cuma perlawanan persahabatan.
Pengadil menegaskan bahawa, peraturan itu sudah dipersetujui oleh kedua dua pasukan.
Kemudian terdapat juga laporan menyatakan bahawa pengurus Partizani memasukkan pemain yang dia sudah gunakan dalam perlawanan ini. Dan ianya tidak dibenarkan pengadil.
Pasukan mereka sudah tidak memiliki pemain gantian lagi yang boleh mereka gunakan.
Mourinho menyatakan kem Roma tiada masalah untuk membenarkan pasukan lawan mereka untuk membuat pertukaran satu lagi. Kerana ianya cuma aksi pemanas badan.
Pengadil tetap tidak membenarkannya. Dan akhirnya, Jose Mourinho memutuskan untuk mengimbangi perlawanan itu agar menjadi 10 vs 10.
Bagi beliau, tiada gunanya AS Roma mengambil kesempatan ke atas lawan kerdil mereka yang sudah sanggup meluangkan masa untuk menjadi rakan sparring mereka.
Mourinho kemudian mengeluarkan Houssam Aouar. Pemain itu agak terpinga pinga dan keliru, siapakah pemain yang akan menggantikannya?
Jose Mourinho took Aouar out in the middle of the match out of his own free will and ended the game with 10 men after exhausting all the subs.
Mourinho must be protecting Aouar at all cost😂pic.twitter.com/FcT8H4JCVB
— MourinhoXtra™ (@Mourinho_Xtra) August 13, 2023
Mourinho menjelaskan dia memang mahu mengeluarkan Aouar untuk melindungi pemain itu daripada cedera, namun memutuskan untuk tidak memasukkan pemain gantian agar perlawanan 10 vs 10.
AS Roma menang 2-1 dalam perlawanan tersebut hasil jaringan El Shaarawy dan Belotti. Sementara pasukan lawan merapatkan jurang pada minit ke-85 menerusi gol sepakan penalti Tedi Cara.