[VIDEO] Ferguson Tidak ‘Tap Out’ Walaupun Tangan Hampir Patah, Elak Kalah Pusingan Pertama

Tony Ferguson kalah dengan kiraan mata menentang Charles Oliveira pada UFC 256 yang berlangsung di UFC Apex, Las Vegas.

Tangan Ferguson hampir patah di pertarungan ini, kerana keenggannannya untuk melakukan tap out ketika tangannya dikunci selama 10 saat.

Ferguson tampil untuk kali pertama setelah dikalahkan Justin Gaethje pada UFC 249, 9 Mei lalu. Sementara Oliveira terakhir meraih kemenangan atas Kevin Lee pada 14 Mac 2020.

Oliveira tampil lebih meyakinkan di pusingan pertama. Ferguson hampir tangan patah kiri setelah Oliveira melakukan hand lock dengan armbar pada pusingan pertama. Ferguson tidak melakukan tap atau menyerah kalah.

“Saya tidak sanggup melihatnya, apakah tangannya patah?” kata komentator Daniel Cormier yang tidak sanggup melihat keadaan tangan Ferguson.

Ferguson sempat kesulitan melepaskan pukulan tangan kiri.  Oliveira mendapat kelebihan kerana kesukaran Ferguson untuk melakukan tumbukan.

Di pusingan kedua, pengadil sempat menghentikan seketika pertarungan sejenak kerana darah keluar dari  kiri Oliveira.

Ketika pertarungan dilanjutkan, Oliveira kembali mendominasi. pusingan kedua kembali jadi milik Oliveira.

Dengan hanya tiga pusingan pertarungan, satu-satunya peluang Ferguson meraih kemenangan adalah dengan KO lewat.

Namun, Oliveira kembali memaksa Ferguson untuk menguatkan lagi aksinya dalam pertarungan bawah di pusingan ketiha.

Tamat pertarungan, tiga Juri memberikan kemenangan untuk Oliveira dengan nilai 30-26, 30-26, dan 30-26.

Oliveira kini melebarkan rekod pertarungannya kepada 8 kemenangan berturut turut, dan mendedahkan bahawa beliau mengintai bengkung kejuaraan pada tahun 2021.

“Tiada siapa pernah melakukannya kepada Tony, namun saya baru sahaja melakukannya.”

“Saya membutkikan bahawa saya memiliki segalanya yang diperlukan untuk menjadi seorang juara, dan saya akan menjadi juara pada tahun depan.”

“Tony seorang petarung juara. Saya tahu dia tak akan tap out ketika saya melakukan armbar.”

“Tetapi di sini saya membuktikan bahaw saya mampu mendominasi Ferguson.”

Presiden UFC, Dana White melabel Oliveira sebagai salah seorang petaraung MMA terbaik dunia dalam kelas ringan.

Whit turut memuji kekentalan Ferguson tidak melakukan tap keluar ketika tangannya dikunci.