[VIDEO] Fernando Rodriguez Tak Dapat Kad Merah Selepas Menendang Kepala Lawannya

Peminat di Indonesia kehairanan apabila Fenando Rodriguez tidak dilayangkan kad merah walaupun dia menendang kepala lawannya.

Insiden itu berlaku lagi dalam aksi Persis Solo bertemu Madura United baru baru ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Solo Manahan,  Persis Solo menang 1-0 ke atas Madura United.

Pada perlawanan itu, Persis Solo tampil dominan sepanjang perlawanan. Namun mereka berterusan mempersia siakan peluang gol yang mereka miliki.

Persis Solo hanya mendapat gol pertamanya pada minit ke-80 menerusi gol oleh Alexis Messidoro.

Bagaimanapun, kemenangan ini dicemari dengan tindakan seorang lagi bintang Persis Solo, Fernando Rodriguez yang melakukan kesalahan berbahaya. Di mana dia menendang kepala Novan Sansongko.

Dalam ulang tayang video itu, Rodrigues ternyata memberikan reaksi ke atas bentesen terbang yang dilakukan Novan Sasongko yang juga dilakukan dalam keadaan bahaya.

Terjahan dengan kedua dua kaki dari belakang itu membuatkan Rodrigues terjatuh. Rodrigues yang sudah menyedari pemain itu akan pergi kepadanya terus melakukan sentuhan pertama untuk menghantar bola kepada rakannya.

Namun Fernando Rodriguez tidak dapat mengelak bentesan yang dilakukan dengan cara bahaya itu.

Dan ketika itulah Novan Sasongko menerima ‘hadiah’ sepakan daripada Rodriguez yang hinggap di sebelah kiri kepalanya.

Keadaan menjadi tegang. Namun pengadil tidak melayangkan kad merah kepada Rodriguez malah tidak ada kad kuning pun untuk reaksinya.

Novan Sasongko pun mungkin berhak mendapat layangan kad kerana terjahannya itu untuk berlaku adil.

Ini kerana Sasongko memang kelihata mensasarkan kaki Rodriguez dan ianya adalah bentesan 2 kali dari arah belakang.

Netizen menganggap kedua dua pemain seperti bertarung UFC di atas padang.

Ada juga peminat menyatakan, jika dia di tempat Rodriguez, dia dengan berbesar hati untuk menerima kad merah kerana menendang kepala Novan Sasongko yang ternyata boleh memudaratkan Rodriguez dengan bentesa seperti itu.

Ada yang menasihati kedua dua pemain bahawa, kedua duanya pemain profesional dan cari makan dengan bola sepak. Tak perlu nak cuba memudaratkan satu sama lain. Dia merujuk kepada bentesan Sasongko berbentu bentesan penamat karier ala Roy Keane. Bentesan itu dilakukan dengan meluncur, dan boleh memberikan kesan yang sangat baya.

Kemudian, tendangan Rodriguez ke kepala itu boleh menyebabkan gegaran otak.

Saksikan di sini:

Baca yang lain