[VIDEO] FIFA Iktiraf Goal Seanaldo Sebagai 3 Jaringan Tercantik Di Dunia Minggu Ini: ‘Layak Puskas?’

Gol jarak jauh dan jaringan kemenangan Sean Selvaraj ketika membantu Negeri Sembila menang secara dramatik ke atas Selangor telah sampai ke HQ FIFA.

Sebelum ini banyak perkongsian oleh laman dalam dan luar negara termasuk BR Football yang menunjukkan kepada dunia betapa cantiknya gol yang terhasil minit ke-88 itu.

Sean Selvaraj digelar Seanaldo oleh peminat. Dia merupakan pemain yang disingkirkan Selangor selepas tidak menawarkan kontrak baharu daripada pasukan tersebut. Dia sendiri menyatakan bahawa dia mahu membuktikan sesuatu dalam perlawanan tersebut.

Ternyata pemain berusia 26 tahun itu melakukan magisnya.

FIFA dalam perkongsian mereka menyenaraikan 3 gol tercantik di dunia minggu ini. Dan meminta pandangan peminat, adakah gol gol itu berhak dicalonkan ke Puskas?

FIFA berkata: “Kita mulakan minggu kita dengan beberapa magis hari Isnin. Adakah salah satu daripada gol gol ini akan menjadi calon Puskas?

Berikut 3 gol tersebut:

Pertamanya gol oleh Francisco Gonzalez Metili untuk Atletico Cordoba yang dihasilkan menerusi voli terbang:

Gol kedua daripada Nathan Lowe yang bermain untuk Kiddeminster Harriers:

Dan yang ketiga adalah gol dari Liga Super Malaysia, dihasilkan Sean Selvaraj mewakili Negeri Sembilan.

Siapa sangka Sean Selvaraj membawa nama Liga Super Malaysia, Negeri Sembilan dan Malaysia sendiri ke mata dunia dengan gol roketnya ke atas Selangor.

Mana tahu kalau gol ini dicalonkan dalam Puskas sama seperti Gol Faiz Subri dahulu. Di mana Faiz Subri mengharumkan nama Malaysia dan Liga Malaysia apabila memenangi Puskas.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan