VIDEO: Firmino Melakukan Rabona Through Pass

Share on facebook
Share on twitter

Roberto Firmino ni memang kita tau dia fancy player. Dan Kita sebagai fans suka pemain macam ni. Yang penting ada impak.

Roberto Firmino dibeli daripada Hoffenheim atas kapasiti pemain no.10.

Namun di bawah Jurgen Klopp beliau membangun menjadi salah seorang false no.9 berpengaruh di Eropah.

Beliau pernah menjadi false 9 si Hoffenheim. Dan rekod gol terbaik di sana ketika itu adalah 13 gol semusim.

Ketika di Liverpool, beliau membantu kelab menjulang UCL dan juga Piala Super Eropah.

Dan kakinya yang penuh ritma tu memang kita semua layan.

Dalam aksi UCL berhadapan dengan Genk, ada satu momen di mana Firmino melakukan Rabona Through Pass. Memang lawa dan sentuhan sesedap rasa. Bola sampai kepada Sadio Mane. Namun agak malang Mane tak skor.

Sebelum ni Bobby pernah melakukan Assist dengan ankle flick kepada Mo Salah.

Ingat lagi tak?

Gandingan trio Mohamed Salah – Sadio Mane – Roberto Firmino ni memang antara yang terbaik di Eropah dalam beberapa musim ini.

Dan mereka antara 7 pemain Liverpool yang disenarai pendek untuk 30 calon akhir Ballon d’or.

https://twitter.com/Sennesation/status/1187352780316516352?s=19

Di Eropah mereka bertiga sedang mengejar rekod Steven Gerrard.

Rekod mereka bertiga memang konsisten. Mereka bertiga boleh stand alone di Pasukan kebangsaan masing masing. Namun di Liverpool mereka adalah pemangsa yang berbeza.

https://twitter.com/SimonBrundish/status/1187394778767511553?s=19

Semoga Bobby terus maju jaya di dalam karier. Maju tu jangan terlajak sampai ke negara Catalonia la ye.

Baca yang lain