[VIDEO] Foden Bergaduh Di Kelab Malam Cuba Pertahankan Ibunya Yang Ditumbuk Di Kepala

Phil Foden telah terlibat dalam satu pergaduhan di kelab malam. Ianya berlaku melibatkan Foden dengan sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengannya.

Insiden itu berlaku di sebuah kelab malam di AO Arena Manchester, selepas pertarungan di antara Kell Brook dan Amir Khan pada Sabtu. Ini selepas ada muzik latar pertarungan kedua dua petinju itu kedengaran ketika insiden.

Foden merupakan antara tetamu kenamaan yang hadir dalam acara itu sebaik sahaja kalah 2-3 di tangan Spurs di Etihad.

Video pergaduhan itu tersebar. Foden dilaporkan bergaduh dengan sekumpulan lelaki dan kemudian dibawa masuk ke sebuah lagi bilik kamar eksekutif.

Teman wanitanya kemudian menjerit kepada sekumpulan samseng yang mengejar Phil dengan berkata: “Siapa yang kau panggil p**i?”

Kemudian ibu Foden keluar dari bilik itu dan berkata berkata: “f*** off now [berambus sekarang], you p****”.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila ibu Foden menolak seorang lelaki yang mahu mengganggu mereka. Dan kemudian lelaki itu telah menumbuk ibu Foden tepat di kepalanya.

Berlaku pergaduhan dengan kumpulan Foden dan lelaki itu saling berbalas tumbukan. Ibu Foden tidak berpuas hati dan cuba menumbuk mereka.

Sekali lagi ibu Foden terkena penumbuk. Melihat ibunya ditumbuk sekali lagi, Foden cuba menyerang lelaki tersebut. Foden kemudian ditarik rakannya untuk mengelakkannya terlibat dalam insiden lebih teruk.

Ibunya terus menyerang lelaki lelaki tersebut yang terus mengejek dan membalas pukulannya. Lalu rakan Foden bertindak agresif untuk menyerang lelaki lelaki tersebut.

Dapat kedengaran mereka dari awal lagi ketawa mengejek ibu Foden yang kemarahan.

Kemudian pergaduhan pun berakhir apabila lelaki lelaki itu meninggalkan tempat tersebut. Dengan seorang lagi lelaki menyembur fire extinguisher.

Polis Greater Manchester masih menyiasat kes itu dan mencari punca pergaduhan.

Ini adalah video yang tular tersebut.

Phil Foden merupakan pemain muda prospek England. Dia kini menjadi nadi pasukan Manchester City dalam usaha pasukan itu mempertahankan Liga Perdana Inggeris dan kemudian cuba memenangi Liga Juara Juara Eropah yang pertama dalam sejarah kelab mereka.

Dalam aksi terakhir sebelum ini Foden dan Man City tewas kepada Spurs di Etihad. Dengan gol masa kecederaan 90+5 oleh Harry Kane.

 

Baca yang lain