[VIDEO] Footage CCTV Didakwa Ketika Faisal Halim Disimbah Asid Tular

Sau rakaman CCTV yang didakwa rakaman insiden Faisal Halim disimbah asid telah tular di Twitter dan media sosial lain.

Dalam rakaman tersebut dilihat seorang lelaki sedang menunggu individu yang didakwa Faisal Halim pergi ke keretanya. Dengan seorang lagi kawan suspek berada di atas motosikal menunggunya.

Suspek kemudian menyimbah asid ke arah Faisal Halim dan dilihat cuba melakukannya berkali kali lagi.

Lelaki yang dikatakan Faisal Halim itu melarikan diri selepas disimbah dengan asid. Dan suspek pun melarikan diri.

Netizen masih perlukan kepastian sama ada ia benar benar video Faisal Halim disimbah asid. Kerana sebelum ini laporan polis menyebut Faisal Halim disimbah asid ketika masuk ke kereta Vellfire.

Namun netizen rata rata geram dengan kelakuan pesalah di dalam video tersebut.

Ramai yang masih berharap agar keadilan untuk Faisal Halim dan penjenayah tersebut ditangkap.

Buat masa ini, polis masih belum berjaya mengesan penjenayah tersebut. Ada beberapa penahanan dibuat  dan suspek dibebaskan kerana tidak ada bukti mengaitkan mereka. Polis masih mencari pelaku tersebut.

Bola sepak Malaysia berduka dengan berita melibatkan Faisal Halim. Ramai yang membuat solidariti untuk Faisal Halim termasuk pemain pasukan musuh derbi Lembah Klang. Paulo Josue yang memberikan tribute buat Faisal Halim.

Beberapa hari lalu lama rasmi Borussia Dortmund turut menitipkan sokongan buat Faisal Halim.