Kieran Trippier sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma luar biasa dalam kemenangan Newcastle United.
Sebelum ini Trippier membuka akaun gol beliau dengan sepakan percuma. Dan kali ini melakukan perkara yang sama, dari jarak lebih dekat.
Trippier menjadi wira kemenangan Newcastle dalam kemenangan ke atas Aston Villa.
Aksi antara Newcastle dan Aston Villa, kedua pasukan bergelut untuk mencipta peluang di hadapan gol. Aston Villa yang dibimbing oleh Steven Gerrard, lebih dominan dari segi penguasaan bola.
Namun hanya 1 percubaan tepat terhasil daripada 11 percubaan sahaja. Newcastle dengan 10 percubaan dengan hanya 2 percubaan tepat.
Apa yang paling penting bagi Newcastle pastinya kemenangan dan 3 mata.
Skuad bimbingan Eddie Howe terus mengorak langkah untuk berada 4 mata di atas zon selamat.
Saksikan bagaimana Trippier melakukan sepakan percuma bak peluru itu:
Trips goal #NUFC @NUFC @trippier2 pic.twitter.com/TNDdZyBuii
— stephen trotter (@stephen26273) February 13, 2022
Sepakan percuma itu benar benar membuatkan St James’ Park bingit dengan sorakan dan keraian penyokong.
Trippier 😍 didn’t want a pen anyway VAR 🔥 #NUFC #NEWAVL pic.twitter.com/Z2cd1Vv1SK
— Johnathon Wild (@JohnathonWild) February 13, 2022
ARTIKEL LAIN BERKAITAN TRIPPIER:
[VIDEO] Gol Sepakan Percuma Bak Peluru Trippier Bantu Keluarkan Newcastle Dari Zon Penyingkiran
Kieran Trippier membuka akaun golnya untuk Newcastle dengan cara yang menakjubkan menerusi sepakan percuma screamer yang sangat memukau dalam kemenangan penting pasukannya 3-1 ke atas Everton.
Trippier membuktikan sekali lagi kenapa dia menjadi singning terpenting Newcastle pada kali ini.
Anak buah Eddie Howe mengalu-alukan kedatangan Frank Lampard dan The Toffees ke St James’ Park pada aksi Selasa – ketika Newcastle berjuang bermati matian untuk mendapatkan tiga mata bagi mengelakkan penyingkiran.
Gol sendiri oleh Jamaal Lascelles membolehkan Everton mendahului pada separuh masa pertama. Namun peliknya, seminit kemudian, Everton pula melakukan OG menerusi kesilapan Mason Holgate menyamakan kedudukan untuk Newcastle.
Ryan Fraser menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua untuk meletakkan Magpies 2-1, dengan Trippier memastikan Newcastle memperoleh tiga mata penuh dengan sepakan percuma yang sangat cantik. Itu memang keparakan Trippier.
Tendangan menerusi sepakan percuma sejauh kira kira 23 meter pemain pertahanan kanan antarabangsa England, berusia 31 tahun itu terus menewaskan seorang lagi pemain antarabangsa Three Lions iaitu Jordan Pickford.
Sepakan percuma itu melencong keluar dan masuk ke near post.
Trippier adalah pembelian utama pertama pemilik Newcastle yang dimiliki konsortium Arab Saudi, yang membeli kelab itu dengan harga £300 juta daripada Mike Ashley Oktober lalu.
Newcastle membayar £12 juta dengan bonus tambahan kepada Atletico Madrid pada jendela perpindahan Januari untuk pemain antarabangsa England itu.
Newcastle meneruskan perbelanjaan mereka dengan pembelian Chris Wood dari Burnley yang dibayar dengan mengaktifkan klausa pelepasan pemain itu. Kemudian Dan Burn dari Brighton dan Bruno Guimaraes dari Lyon.
Kemenangan penting Newcastle 3-1 ke atas Everton membawa mereka keluar dari zon penyingkiran, dengan Norwich City jatuh ke tempat ke-18.
Anak buah Howe kini berada dua mata di atas The Canaries dan ketinggalan satu mata di belakang Everton di tangga ke-16.
Frank Lampard menggantikan Rafa Benitez sebagai bos Everton bulan lalu, dengan bekas pengurus Chelsea itu menghadapi tugas berat di The Toffees.
Legenda Chelsea itu mengetuai perlawanan pertama Everton pada hari Sabtu dan menyaksikan pasukannya membelasah Brentford 4-1 pada pusingan keempat Piala FA di Goodison Park.
Bagaimanapun, kekalahan kepada Newcastle akan memberi tekanan kepada Lampard ketika Everton semakin menghampiri zon penyingkiran.
Newcastle akan kembali beraksi pada hari Ahad apabila mereka melayan Aston Villa di St James’ Park.
Trippier Nafi Sertai Newcastle Sebab Wang, Tetapi Kerana Sukakan Cabaran Dalam Kehidupan
Kieran Trippier menafikan sekerasnya dakwaan dia menyertai Newcastle United hanya kerana wang. Ini selepas Trippier sanggup meninggalkan bola sepak UCL untuk beraksi dengan pasukan bertarung penyingkiran.
Sebaliknya, Trippier menegaskan bahawa, dia menyertai Newcastle kerana sukakan cabaran baharu serta mahu pulang semula ke England demi keluarganya.
Trippier menyertai Atletico Madrid dengan bayaran £12 juta berserta bonus tambahan. Trippier pembelian pertama Newcastle sejak pengambilalihan yang oleh konsortium Arab Saudi pada Oktober 2020.
Trippier setuju dengan kontrak dua tahun setengah. Eddie Howe gembira dengan kejayaan mendapatkan Trippier.
“Ia satu petanda bahawa kelab mempunyai daya tarikan yang hebat – dan saya tidak bercakap mengenai faktor kewangan di sini,” kata Howe.
“Kieran tidak datang untuk faktor wang. Dia datang untuk kelab dan untuk cabaran yang dihadapi pasukan pada masa ini [bertarung dengan penyingkira].”
“Dia juga di sini untuk visi jangka panjang, jadi saya fikir itu adalah perkara yang besar untuk bola sepak. ”
Trippier juga menyatakan perkara yang sama. Pemain yang pernah menjadi sasaran Manchester United pada era Ole Gunnar Solskjaer itu berkata: “Jika orang berkata ia mengenai wang maka semua orang berhak untuk memiliki pendapat mereka sendiri. Keluarga saya adalah perkara paling pentibg. Saya mahukan projek dan cabara. Saya seorang yang berani dan saya tidak nampak ini satu risiko.”
“Saya tahu sebab mengapa saya ke sini dan itu [faktor] bukannya salah satu daripada alasannya. Saya sangat teruja”
Kieran Trippier: “People say it’s about money? They're entitled to their opinion. My family are most important. I wanted a project and a challenge. I’m brave, I don’t see this as a risk. I've got my reasons, I know them, and money isn't one of them. I’m excited.” #NUFC pic.twitter.com/5NxHDMr2gr
— Keith Downie (@SkySports_Keith) January 7, 2022
Bercakap tentang kenapa dia sanggup menukar bola sepak Eropah demi pasukan bertarung penyingkiran, Trippier berkata dia adalah manusia yang sukakan cabaran. Dan pada masa yang sama merindui aksi di negara asalnya England. Apabila peluang itu tiba, maka Trippier mengambil kesempatan tersebut.
Trippier menegaskan bahawa dia sudah lama merancang untuk kembali ke England cuma media je lalai sebelum ni, tak menulis tentangnya.
Reporter 🗣 "Why swap the last 16 of the Champions League for a relegation battle?"
Trippier 🗣 "I'm the type of player who loves challenges."
Kieran Trippier had no doubts about leaving Atletico Madrid to return to the Premier League at Newcastle pic.twitter.com/KZfgZN84jk
— Football Daily (@footballdaily) January 7, 2022
“Saya sudah jelaskan hal ini beberapa bulan lalu, yang seandainya saya ada kesempatan untuk pulang ke Premier League saya sangat suka untuk terima. Ia juga penting untuk keluarga saya.”
“Ia peluang yang hebat. Saya seorang pemain yang sukakan cabaran. Saya melalui cabaran ketika memilih untuk pergi ke Atletico, bertukar negara, liga berbeza, sekarang saya bersama Newcastle.”
“Saya tahu kedudukan mereka pada ketika ini, saya di sini untuk bantu semampu saya baik dalam mahupun di luar padang.”
Trippier juga menyatakan bahawa Eddie Howe antara alasan beliau menyertai Newcastle kerana kedua dua mereka pernah bekerjasama ketika di Burnley satu ketika dahulu.