[VIDEO] Gabriel Jesus Mengkungfu Mena Di Muka

Gabriel Jesus pernah menangis kerana dibuang padang oleh pengadil ketika aksi Copa America sebelum ini.

Pada edisi 2019, wajah Gabriel Jesus menjadi meme di internet gara gara dia menangis ketika diarahkan keluar oleh pengadil. Gabriel Jesus menumbuk pondok VAR dan kemudian menangis di atas tangga.

Dan kali ini beliau sekali lagi dibuang padang, kerana kad merah selepas melakukan satu foul yang dianggap bodoh dan tidak sepatutnya.

Gabriel Jesus membuka buah kungfu ala De Jong ke arah pemain Chile, Eugenio Mena. Kesannya pemain itu meraung kesakitan berada di atas padang.

Jelas sekali pengadil berdepan dengan insiden yang mudah untuk beliau layangkan kad merah. Pengadil dari Argentina, Patricio Loustau, ternyata tidak memerlukan bantuan daripada pemnbantunya untuk menilai insiden itu.

Sebaliknya beliau terus melayangkan kad merah kepada Gabriel Jesus.

Segalanya bermula apabila, bekas rakan sepasukan Gabriel Jesusi, iaitu penjaga gol Chile, Claudio Bravo, melakukan hantaran kepada Mena. Gabriel Jesus yang meluruh terus melakukan tendangan terbang yang mencederakan lawannya.

Tapak kaki Gabriel Jesus hinggap pada muka Mena. Ketika dilayangkan kad merah, Jesus tidak melakukan sebarng bantahan. Dia tahu dia baru melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Aksi Gabriel Jesus tak ubah seperti aksi lagak ngeri dalam filem karate.

Aksi beliau itu juga mendapat perhatian netizen yang membuat beberapa meme dan banter.

Selepas tamat perlawanan, Gabriel Jesus meminta maaf kepada rakan sepasukan Brazil beliau.

Gabriel Jesus berkata: “Sayangnya saya melakukan kesalahan di mana ia boleh membuatkan pasukan menderita, tetapi kumpulan ini sekali lagi menunjukkan kekuatannya,” tulis Jesus di Instagram selepas perlawanan.

“Saya meminta maaf kepada rakan sepasukan dan saya akan terus berusaha belajar dari kesilapan saya. Saya lega mendengar bahawa Mena baik-baik sahaja dan kami sudah bercakap. Sekali lagi, kumpulan ini sangat hebat! Kita mara ke separuh akhir.”

Brazil baru sahaja mendahului menerusi gol oleh Lucas Paqueta ketika Gabriel Jesus dibuang padang.

Walaupun bermain dengan 10 lelaki selama 50 minit, Brazil masih berjaya menempah tempat mereka di separuh akhir dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan.

 

Baca yang lain