[VIDEO] Gabriel Milito Masukkan Pemain Tengah Untuk Memuaskan Hati Peminat Yang Bising Di Belakangnya

Pengurus Argentinos Juniors, Gabriel Milito mengakui bahawa membuat pertukaran pemain pemain atas cadangan seorang peminat dalam kemenangan 2-0 pasukannya ke atas Santa Fe Union pada hujung minggu lalu.

Gabriel Avalos menyumbat dua gol untuk pasukan Buenos Aires, dengan gol kedua melegakan ketegangan pasukannya pada minit ke-87.

Tetapi Milito memerlukan sedikit kebijaksanaan daripada penyokong di tempat duduk di belakang tempat duduk tentang siapakah yang dia harus masukkan untuk memastikan mereka mengekalkan 3 mata tanpa sebarang masalah dan peminat merasa gembira.

Milito mendedahkan bahawa dada peminat yang tak henti henti bising dan bercakap tentang apa yang harus dia lakukan.

Lalu Milito mendapatkan peminat tersebut yang berada di belakang bangku simpanannya. Dia menjerit ke arah Milito.

Bekas pemain Barcelona itu dan juga adik kepada bekas bintang Inter Milan Diego,  mendengar permintaan daripada pemintanya untuk membawa pemain tengah.

Menariknya, Milito yang mulanya kelihatan cuba menganjing peminat, sebenarnya benar benar mengambil serius pandangan mereka untuk memuaskan hatinya.

Cuma dia mengambil masa untuk mendengar siapakah yang peminat itu cadangkan kerana bunyi yang bising dalam stadium.

Alasan Milito: “Pada hari ini, peminat bola sepak ramai yang lebih tahu apa yang perlu dilakukan, ini adalah sebahagian daripada bola sepak.”

Seorang peminat Argentinos Juniors kelihatan memiliki pandangan taktikal yang baik. Dan Milito menyukai nasihat taktikal yang diterimanya dan dia memutuskan untuk mendengarnya.

Pertukaran berlaku pada minit ke-83 dan Milito memilih untuk melakukan pertukaran berganda. Federico Redondo dan Gaston Veron dimasukkan untuk menggantikan Nicolas Reniero dan Thiago Nuus ketika tuan rumah cuba melihat perlawanan.

Milito, yang memenangi dua gelaran La Liga bersama Barcelona, ​​​​mendedahkan semua tentang perbincangan dalam akhbar selepas perlawanannya dan mengesahkan peminat akhirnya merasa tenang dan tidak lagi bising di tepi padang selepas dia melakukan pertukaran itu.

“Kita berada dalam demokrasi, kebebasan bersuara sepenuhnya untuk semua orang,” katanya.

“Dia meminta saya memasukkan pemain tengah dan saya memberitahunya ia sesuai. Isunya ialah siapa yang harus dimasukkan. Jadi kita semua merasakan kita mahu menjadi wira pasukan dan mengambil bahagian dalam penciptaan permainan ini. Dia tidak memberi saya nama, dan tak lagi bercakap benda lain selepas itu.”

“Keputusan itu kadang-kadang mengambil masa satu atau dua minit dan orang mahu segala-galanya sekarang, sekarang juga.”

“Kami memutuskan untuk membawa Nicholas masuk ke padang selepas itu dan dia tidak lagi mengganggu saya lagi selepas perubahan itu. Jadi di sana, kelihatan dia suka perubahan ini, kerana dia tidak mengganggu saya lagi.”

Video Gabriel Milito berbincang dengan peminat tersebut tular teruk di Argentina.

Kemenangan untuk bermakna Argentinos berada di tempat keempat dalam liga selepas 13 perlawanan dimainkan setakat ini. Perlawanan mereka seterusnya ialah lawatan Estudiantes pada hari Jumaat tetapi pada ketika ini tidak jelas sama ada Milito bersedia untuk menaikkan pangkat peminat tersebut kepada penolong pengurus.

Baca yang lain