Video Gambaran Ringkas Bagaimana Virus Covid-19 Boleh Menjangkiti Seseorang

Virus Covid-19 kini semakin menular dan banyak negara yang begitu terkesan dengan penularan virus itu.

Negara Itali kini antara yang paling terkesan dan telah mengorbankan banyak nyawa.

Di China sendiri dimana Virus Covid-19 itu dikesan kini mereka sudah dalam proses untuk kembali normal dengan tiada kes baru dicatatkan.

Malaysia kini mencatatkan peningkatan mendadak dalam jumlah kes positive Covid-19 ini.

Setakat ini Jam 4.20 petang bertarikh 19/03/2020 di Malaysia sudah mencatatkan 900 kes positive Covid-19.

Dari 900 yang positive 75 orang darinya sudah pulih sepenuhnya dan paling berduka cita dua orang sudah terkorban.

Kerajaan Malaysia menggesa seluruh rakyat agar berada di kediaman sendiri dan tidak keluar dari rumah untuk tempoh 14 hari ini.

Tujuan utama pengawalan pergerakkan jni djkuat kuasakan adalah bagi mengawal penularan virus Covid-19 yang dilihat semakin berleluasa.

Namun rakyat Malaysia masih gagal menunjukkan sikap mendengar kata dan mengikut arahan yang diberi oleh pihak berkuasa.

Ada antara mereka masih bersiar-siar, melepak di kedai kopi, bercuti, pulang ke kampung, beratur panjang di stesen bas dan masih berkumpul beramai-ramai diluar sana.

Mungkin mereka tidak sedar bagaimana mudahnya virus Covid-19 itu menjangkiti seseorang yang lain hanya melalui sentuhan sahaja.

Cara Penyebaran Virus Covid-19

Seorang pakar dari Itali telah membuat satu video pendek yang menggambarkan bagaimana virus Covid-19 ini boleh menjangkiti seseorang.

Bagaimana hanya dari dua individu sahaja boleh menyebarkan virus itu kepada ribuan orang lain.

Dalam video itu menunjukkan seorang pegawai perubatan merawat seorang pesakit Covid-19 hanya melalui sentuhan virus itu sudah menjangkiti beliau.

Kemudian petugas itu keluar menyentuh bekas serta komputer di luar lalu virus itu sudah membiak dikawasan yang telah disentuh oleh pegawai berkenaan.

https://twitter.com/VarmaCultFan/status/1240556340084260864?s=19

Dan apabila ada orang lain yang menyentuh apa yang sudah disentuh oleh pesakit itu dalam tempoh beberapa minit, beliau mungkin akan turut sama dijangkiti.

Anda boleh saksikan sendiri video yang dicipta oleh pakar dari Itali itu tentang bagaimana cepatnya virus Covid-19 itu tersebar.

Sahutlah seruan pemerintah supaya terus berada dirumah dan tidak terlibat dengan sebarang kegiatan di luar.

Mungkin dengan kerjasama yang kita beri, Penularan virus Covid-19 mampu dikawal.

Baca yang lain