‘Video Game’ Paling Menguntungkan 2019, Candy Crush Masuk Top 10 Tapau PUBG

Baru baru ini super data telah mengeluarkan laporan tahunan pendapatan yang diperoleh dari pasaran permainan video game.

USD1 billion adalah daripada pendapatan itu adalah daripada permainan jenis free to play di platform mobile.

Free to play ni memang dah lama menguasai dunia permainan video. Lebih-lebih lagi ledakan teknologi telefon pintar pada hari ini.

Permainan versi mobile telah meraih pendapatan sekitar USD64.4 billion. Manakala untuk versi PC mencatat pendapatan degital sebanyak USD29.6 billion.

Seterusnya, bagi permainan video di konsol pula mencatatkan USD15.4 pendapatan digital.

Berikut adalah senarai 10 permainan free to play mobile yang mencatat pendapatan tertinggi

Laporan Tahunan Super Data

1. Fortnite

Tempat pertama adalah dan masih bertahan dari tahun 2018 iaitu Fortnite.

Namun begitu, Fortnite telah mencatatkan penurunan yang drastik berbanding tahun lepas lebih kurang 25 peratus kepada USD1. 8 billion bagi tahun 2019.

Antara faktor keberjayaan Fortnite adalah crossover seperti Avengers dan Star Wars. Di mana ia telah memberikan publisiti dan keseronokan tambahan kepada pemainnya.

2. Dungeon Fighter 

Ditempat kedua adalah Dungeon Fighter online keluaran Nexon dengan pendapatan sekitar USD1.6 billion.

3. Honour of King

Permainan keluaran Tencent ini turut menjana USD1.6 billion sepanjang tahun 2019.

4. League Of Legend

League of Legend keluaran Riot Games, kolaborasi dengan Tencent meraih USD1.5 billion.

5. Candy Crush Saga

Candy Crush saga keluaran KING degital Entertainment juga mengumpul sekitar USD1.5 billion.

Permainan mobile otai ini ternytata masih ramai penggemarnya, kerana permainannya yang sesuai dengan semua lapisan umur.

6. Pokemon Go

Pokemon Go keluaran Niantic Inc berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok 10 teratas dengan catatan pendapatan sekitar USD1.4 billion.

Pokemon Go didokong dengan memperkenalkan Shiny Rayquaza pada musim panas tahun lepas terus berjaya melonjakkan perdapatan mereka berbanding tahun 2018.

Jadi, spekulasi menyatakan Pokemon Go ni semakin hambar hanyalah sekadar andaian liar.

7. Crossfire

Permainan video keluaran SmileGate ini turut mencatat USD1.4 billion.

9. Fate/Grand Order

Fate/Grand Order dari Aniplex Inc berada di tangga kelapan pada 2019 dengan catatan pendapatan USD1.2 billion.

9. Game Of Peace

Satu lagi permainan video keluaran Tencent berada di top 10 pada 2019. Ini apabila Game Of Peace turut menjana pendapatan sekitar USD1.2 billion.

10. Last Shelter: Survival

Permainan video keluaran long tech/im30. Net berada ditempat kesepuluh dengan menjana pendapatan degital USD1.1 billion.

Rumusan

Secara kesluruhannya sebanyak sekitar USD87 billion pendapatan berjaya diraih oleh Free To Play games. Ianya adalah 80% daripada pasaran permainan video.

Peningkatan hasil dari mobile menyebabkan banyak syarikat cuba mendapatkan pemainan konsol atau pc / komputer peribadi yang popular untuk dibawa ke medan mobile, seperti Call Of Duty dan Mario Kart.

Keuntungan yang berlipat ganda ini membuatkan syarikat pembuat permainan video berlumba lumba menawarkan pakej yang terbaik kepada para pemain.

Namun begitu, diharapkan trending ini tidak membunuh masa depan permainan di PC dan Konsol.

Baca yang lain