[Video] Gassama ‘Tumbuk’ Rakan Sepasukan (Zafuan Azeman) Kemudiannya Dilayangkan Kad Merah

Pada awal musim Kelantan United dilabelkan sebagai salah satu dari 4 pasukan yang mempunyai kemampuan untuk mencabar slot promosi ke Liga Super (LS) 2022.

Ia berikutan beberapa nama besar yang mempunyai pengalaman bermain di LS berada di dalam skuad mereka berbanding Kelantan dan PDRM. 4 pasukan feeder dan pasukan projek FAM tak kira la.

Namun langkah mereka sedikit sumbang apabila merekod 3 kekalahan pada 6 perlawanan pertama Liga Perdana (LP). Secara trasidinya, untuk berada di kelompok 2 teratas pasukan tidak boleh mengalami 5-6 kekalahan sepanjang musim.

Selepas itu Kelantan United cuba membuat kebangkitan apabila meraih 3 menang berturut-turut namun kembali kalah -juga 3 kali berturut-turut.

Situasi tersebut memaksa pengurusan memanggil pengarah teknikalnya Nazrulerwan Makmor menggantikan Akira Higashiyama untuk melatih pasukan senior.

Pada jendela perpindahan tengah musim Kelantan United membawa masuk Zafuan Azeman, penyerang Malaysia yang memenangi medal kejuaraan AFF B19 satu ketika dahulu.

Sebelum itu Zafuan merupakan pemain Penang namun melihat kepada kepoweran Casagrande agak sukar baginya memecah masuk ke dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Thomas Trucha itu.

Zafuan berpindah ke Kelantan United dengan sasaran 7 gol peribadi berasama pasukan baharunya ini.

“Bagi saya, umur saya sekarang 22 tahun bukan lagi muda dan perlu segera mencari peluang untuk beraksi supaya apabila sudah berumur 24 atau 25 tahun, prestasi semakin stabil dan dari situ, saya sasar untuk bersama skuad kebangsaan.

“Dalam baki saingan musim ini, saya nak bina kembali tahap keyakinan saya dan macam-macam mana pun kena cari peluang untuk cuba meraih sekurang-kurangnya enam atau tujuh gol,”  Zafuan kepada MFL pada 16 Jun

Sejak beberapa musim lepas Kelantan United banyak menggandingan Gassama Alfusainey dan Fakhrulzaman Zawawi sebagai peledak utama. Dalam angka tidak rasmi kombinasi pemain ini sudah menjaringkan hampir 100 gol majoritinya ketika di M3.

Kehadiran Zafuan dilihat menjadi satu tambah nilai yang baik kerana dia mempunyai pengalaman baik ketika remaja (pemain Malaysia) dan sudah melihat negara orang (bermain di Thai League)

Nazrulerwan bermula dengan langkah kiri apabila tewas kepada PDRM selepas dilantik menjadi ketua jurulatih baharu namun bangkit membelasah Perak 4-0 pada perlawanan semalam.

Syahrul Azwari membuka tirai jaringan bagi memberi pendahuluan seawal minit ke-8 dan kemudiannya Gassama meledak 2 gol dalam tempoh 3 minit, meletakkan Kelantan United selesa sebelum babak ke-2 bersambung.

Walaupun sedang mendahului 3-0,pemain Kelantan United kelihatan tertekan untuk mengekang serangan dari pasukan Perak II. 2 minit selepas babak ke-2 bersambung Qayyum Marjoni Sabil menjaringkan gol ke-4 Kelantan United.

Selepas pengadil meniupkan wisel penamat, Gasama dan Zafuan kelihatan meluru kearah masing-masing dan Zafuan terjatuh sambil memegang mukanya.

Walaupun perlawanan sudah tamat pengadil perlawanan tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada Gassama. Dalam penilaian logik Gassama yang melakukan ‘kesalahan’ dan dia bakal digantung pada perlawanan seterusnya.

Menurut khabar angin  punca kejadian berlaku kerana Zafuan telah memarahi rakan sepasukan dan ia tidak disenangi oleh Gassama namun ia belum disahkan oleh mana-mana pihak.

Semoga Gassama dan Zafuan berdamai kerana kejadian sebegini boleh merugikan pasukan dan boleh merosakan suasana harmoni pemain. Bagi para peminat ia sebahagian ‘aksi’ saingan bola sepak Malaysia.

Kelantan United perlu menang sekurang-kurangnya 4 perlawanan bagi melihat peluangnya untuk berada di kedudukan 4 teratas. Pada Ahad ini Kelantan United dijadualkan bertemu JDT II sebelum melayani kunjungan Selangor II 3 hari kemudian.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu