Gennaro Gattuso telah mengejutkan pundit dan hos tv apabila dia secara terbuka memarahi Josko Jelicic.
Jelicic merupakan salah seorang pundit di Croatia dan dia telah melemparkan kritikan yang dianggap Gattuso sebagai keterlaluan.
Jelicic mengecam prestasi Hajduk Split bimbinga Gennaro Gattuso yang diaibkan oleh Rijeka 3-0.
Membuatkan Hajduk Split dipintas Rijeka yang kini menjadi pendahulu liga dengan beza 2 mata di atas Hajduk Split bimbingan Gattuso.
Gattuso langgar pundit
Gattuso tidak suka mendengar komen Jelicic yang dianggap biadap dan celupar.
Gattuso datang kepada 3 pundit tersebut dan berjabat tangan dengan 2 daripada mereka. Dia dengan sengaja mengabaikan Jelicic.
Dia memberikan amaran: “Kamu ni banyak cakap. Kamu patut hormat sikit orang semasa bercakap, kamu lebih tahu kan benda ni?
“Tetapi kamu sentiasa bercakap dengan celupar, cakap benda benda yang buruk. Saya tak tak ada rasa hormat kepada kamu, sebab kamu ni terlalu celupar, teruk sangat la hanat kau.”
Jelicic kemudian membalas: “Tetapi pasukan kamu yang bermain teruk [bukan mulut aku].”
Gattuso membalas: “Kamu harus tunjukkan sikit rasa hormat kepada aku.”
Jelicic mempertahankan diri: “Tak mana ada aku tak hormat kau, kita di sini bercakap tentang bola sepak.”
Gattuso bengang berkata: “Ahh tak tak de, tak nak sembang pasal bola kat sini. Kalau kau berani, cakap depan muka aku la,” kata legenda Itali itu sambil menatap mata Jelicic.
Jelicic tak taku dia membalas: “Ok kita cakap sekarang.”
Gattuso sebelum beredar mengingatkan Jelicic bahawa dia bercakap seolah olah pernah menang Piala Dunia. Mungkin Gattuso mengingatkan Jelicic akan pencapaiannya yang pernah menjadi juara dunia.
“Ini ayat last aku bagi kat hang, sementara hang ada dalam tv ni. Kamu ni manusia yang teruk. Aku tak akkan lagi bercakap kat sini. Kamu bercakap seolah olah kamu juara dunia.”
Things got heated between Joško Jeličić and Gennaro Gattuso after the match. pic.twitter.com/NZEd6Qe04x
— Croatian Football (@CroatiaFooty) March 16, 2025
Gattuso beredar dan tidak berminat untuk memberikan sebarang kenyataan lagi di situ.