Video: Gerakan Dari Bawah Redmond + Gol Lencongan Manja Danny Ings

Southampton tewas di tangan Tottenham Hotspur dalam aksi ulangan pusingan keempat Piala FA 2019/20.

Spurs melakukan kebangkitan lewat 12 minit terakhir untuk memastikan mereka mara.

Namun yang menariknya adalah gol kedua oleh Southampton menerusi Danny Ings memang sedap sangat. Ianya dicetuskan oleh fast break menerusi gerakan Nathan Redmond dari bawah.

Spurs mendahului seawal minit ke-12 dalam perlawanan ini, selepas Jack Stephens tertampan bola ke gawang sendiri.

Namun begitu, pada minit ke-34, Shane Long menyamakan kedudukan untuk Soton.

Southampton berada di hadapan pada minit ke-72, menerusi gol oleh Danny Ings. Korang tengok di sini, bagaimana Nathan Redmond melakukan larian pantas dari kawasan beliau sendiri dan terus sampai ke final third.

Redmon kemudian menghantar bola ringkas kepada Ings di sebelah kiri. Danny Ings melakukan satu cut inside dan seterusnya melakukan rembatan lencong yang cantik menewaskan Hugo Lloris.

Sayang sekali gol itu tidak cukup untuk membawa Saints ke pusingan kelima. Ini selepas Tottenham berjaya menyamakan kedudukan menerusi Lucas Moura pada minit ke-78.

Ini diiukuti gol kemenangan menerusi penalti oleh Song Heung Min pada mint ke-87.

Son kini sudah menjaringkan 11 gol dalam kempen Piala FA untuk Spurs sejak 2016/17.

Kemenangan itu membawa Spurs mara ke pusingan kelima dan akan berhadapan dengan Norwich City selepas ini.

Spurs terus mencatatkan rekod cemerlang dalam aksi ulangan piala FA dalam 11 perlawanan ulangan terakhir mereka.

Enam daripada kemenangan dalam replay Piala FA adalah berhadapan dengan pasukan EPL.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di