[VIDEO] Gila! Lingard Benar Benar ‘Dirasuk’ Ronaldinho – Buat Gol Solo, Assist Solo & Berba Spin Yang Memukau

Share on facebook
Share on twitter

Jesse Lingard berjaya menghasilkan larian solo yang luar biasa dari kawasan sendiri sebelum menjaringkan salah satu gol tercantik musim ini ketika West Ham menewaskan Wolves.

Lingard seringkali ditroll dengan nama Lingardinho merujuk kepada Ronaldinho. Kerana sebelum ini Lingard kerap melakukan aksi tak berapa nak jadi atas padang. Namun dalam aksi menentang Wolves, Lingard benar benar dirasuk aura Ronaldinho. Dia melakukan gol dan assist solo.

Pemain berusia 28 tahun itu kembali beraksi bersama Hammers setelah tampil dalam ketiga-tiga kelayakan Piala Dunia England semasa rehat antarabangsa.

Dia berada dalam prestasi luar biasa untuk Hammers sejak tiba – dipinjam dari Manchester United dan telah meneruskan lagi prestasi itu.

Lingard terlibat dalam gol atau assist dalam kesemua 5 perlawanan terakhir West Ham United yang beliau turun beraksi.

Lingard menerima bola di dalam kawasan pasukannya sendiri dan memecut laju membuatkan pertahanan Wolves kucar kacir. Romain Saiss tidak dapat menghentikan Lingard ketika dia sampai di dalam kotak penalti. Lingard kemudian menjaringkan gol menewaskan Rui Patricio dengan percubaan cantik untuk membuka tirai jaringan.

Barisan pertahanan Wolves kelihatan terkejut ketika Lingard melakukan aksi solo luar biasa itu.

Lingard kemudian memainkan peranan penting dalam gol kedua West Ham. Di mana dia melakukan Berba Spin – seterusnya menolak bola melepasi Nelson Semedo. Lingard kemudian menolak bola untuk Arthur Masuaku.

Masuaku dengan cemerlangnya mencipta peluang yang disudahkan oleh Pablo Fornals.

Kecemerlangan Lingard tidak terhenti di situ, beliau kemudian dirasuk Ronaldinho sekali lagi untuk melakukan gelecekan lincah yang berjaya mencipta gol untuk Jared Bowen bagi gol ketiga West Ham.

West Ham hampir sahaja diikat Wolves pada separuh masa kedua. Di mana Wolves menjaringkan 2 gol. Tetapi skuad Moyes itu berjaya juga mendapatkan satu lagi koleksi 3 mata.

Aksi Lingard menjadi tumpuan seluruh dunia. Beliau terus memberikan tekanan kepada pemain pemain lain untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan England.

Bukan itu sahaja, Lord Lingard turut mencipta sedikit kontroversi dengan insiden panas selepas wisel penamat.

Secara keseluruhannya Lingard mencatatkan 81% hantaran tepat, 2 on target, 1 gol dan 1 assist dalam perlawanan penting ini.

Saksikan rangkuman aksi peribadi Lingardinho di sini:

Baca yang lain