[VIDEO] Gilalah! Ramos Membuat No Look Tackle Pula

Spain  meneruskan kempen Liga Negara Eropah mereka dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Switzerland dalam aksi ketiga Liga A kumpulan 4.

Mikel Oyarzabal menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan ini pada minit ke-14 untuk memberikan mata pasukannya.

Boleh dikatakan pemain terbaik Sepanyol pada malam itu adalah kapten mereka, Sergio Ramos.

Pemain pertahanan Real Madrid kini berusia 34 tahun tetapi dia menunjukkan mengapa dia masih dianggap sebagai pemain antara pertahanan terbaik di dunia.

Dia menjadi teladan dan contoh kepada pemain lain sepanjang 90 minit aksinya ketika dia membantu pasukannya untuk memastikan gawang tak bocor.

Terdapat satu situasi di mana Ramos hampir diciduk Ruben Vargas dan mendedahkan gawang mereka kepada bahaya.

Ruben Vargas mendapati dirinya berada di dalam kotak dan berada dalam posisi berbahaya dan cuba memperdaya Ramos dengan helahnya

Ketika Vargas seolah-olah dia telah melewati Ramos, dia hampa apabilapemain Sepanyol itu melakukan no look tackle yang tepat kepada bola.

Bukan senang nak buat. Ianya memerlukan antisipasi dan agakan yang tepat untuk memastikan kaki kontak dengan bola dan bukannya kaki pemain lawan.

Ia adalah aksi pertahanan yang luar biasa dan korang boleh tengok di sini:

Sepanjang mlam Sergio Ramos berjaya menunjukkan aksi terbaik. Bukan sahaja bertahan, malah ketika mencorakkan serangan dari bawah.

Ramos memiliki kemampuan untuk menghantar bola jauh yang tepat dan boleh mencetuskan ancaman.

Lihat rangkuman aksi peribadi Ramos di sini:

Ramos berjaya mencatatkan 90 minit aksi, dengan 105 sentuhan bola.

Beliau juga mencatatkan 12 hantaran panjang dengan 11 adalah tepat. Secara keseluruhan Ramos melakukan 83 hantaran — 77 daripadanya adalah hantaran tepat.

Beliau menang 7 daripada 9 pertembungan di atas padang dan 1 daripada 2 pertembungan di udara.

Ramos mencatatkan 2 pintasan dan 6 bentesan. WOW!