[VIDEO] Giroud Jadi Keeper Dan Dia Buat World Class Save Ini Untuk Bantu Milan Menang

Bekas penyerang Arsenal dan Chelsea, Olivier Giroud terpaksa menjadi penjaga gol. Dan dia berjaya menyelamatkan gawang Milan dari bolos dengan world class save dalam kemenangan luar biasa untuk AC Milan.

Ianya bukan sekadar kemenangan, tetapi meletakkan Milan untuk berada di puncak liga selepas 8 perlawanan. Siapa tahu save ini mungkin boleh menjadi penentu kejuaraan pada akhir musim ini?

Pemenang Piala Dunia dan Liga Juara-Juara Eropah itu memegang beberapa portfolio gol terhebat yang pernah dilihat dalam sejarah bola sepak. Tendangan kala jengking, sepakan gunting, gol voli – semua itu dia dah buat.

Kini dia menambah satu lagi koleksi untuk kompilasinya iaitu penyelamatan kelas dunia yang memberikan kemenangan kepada pasukannya dalam aksi Serie A.

Giroud terpaksa bermain menjadi penjaga gol setelah Mike Maignan menerima kad merah pada lewat perlawanan. Ianya bukan petanda baik buat Milan yang tidak dapat lagi melakukan pertukaran.

Sebelum ini Giroud seringkali mencuba menjadi penjaga gol ketika di latihan. Ternyata latihan dia dengan beberapa rakan berkelas dunia lain dalam kariernya membuahkan hasil. Skuad AC Milan sedang mendahului 1-0 hasil gol minit ke-87 seorang lagi bekas pemain Chelsea iaitu Christian Pulisic.

Pada minit ke-98, Maignan dilayangkan kad merah kerana melutut Caleb Ekuban di muka. Giroud segera menyahut panggilan bertugas sebagai penjaga gol tanpa banyak songeh, dia terus memakai baju dan memakai sarung tangan.

Ketika masa perlawanan sedang menuju ke wisel penamat, George Puskas kelihatan akan berjaya menjaringkan gol penyamaan apabila dia melepasi pertahanan Rossoneri dan dalam kedudukan berdepan Giroud 1 vs 1. Bagaimanapun, Giroud keluar meluru dari kawasannya dan menolak sedikit bola agar seorang lagi pemain lawan tak dapat kontak atau sepak bola.

Bola masih dalam kotak bahaya, Giroud menggunakan kelincahan / agility beliau untuk mendakap bola persis penjaga gol profesional lain. Rakan rakannya menjadi girang meraikan aksi penyelamatan itu.Korang saksikan sendiri di sini:

Giroud nampaknya menikmati detik ini. Pastinya dia akan menyimpan jersi ini sebagai kenangan.