[VIDEO] Gol, Assist Cavani Yang Cantik Dengan Prestasi Tak Masuk Akal

Bruno Fernandes dan Edinson Cavani menghancurkan AS Roma di Old Trafford dengan aksi cemerlang mereka.

Man United turun dalam aksi separuh akhir UEL pusingan pertama. Roma dilihat memberikan masalah kepada Man United selepas mendahului 2-1 pada separuh masa pertama.

Edinson Cavani melakukan lay off kemas untuk gol pembukaan Bruno Fernandes pada minit ke-9. Di mana Cavani tanpa melengahkan bola terus melakukan lay off yang baik sekali.

Bruno Fernandes melakukan chip yang tenang untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Roma kemudian membalas dengan dua gol menerusi Lorenzo Pellegrinin dan Edin Dzeko untuk masuk ke bilik persalinan dengan skor 2-1.

Pada separuh masa kedua, Man United mengganas. Lebih kepada aksi Cavani dan Fernandes sekali lagi.

Minit ke-48, Cavani melakukan gol cantik dengan melencongkan bola lay off dari Fernandes. Ibarat membalas budi pulak ye.

Cavani kemudian menambah satu lagi gol pada minit ke-64 untuk menjadikan kedudukan 3-2 memihak United.

Cavani seterusnya memenangi penalti selepas dijatuhkan oleh Smalling. Bruno Fernandes menyempunrkan penalti tersebut.

Pada minit ke-75, Bruno Fernandes mencipta assist untuk gol kelima yang dijaringkan oleh Paul Pogba.

Cavani akhirnya melengkapkan salah satu aksi terbaik beliau dalam malam Eropah dengan assist tak masuk akal kepada Greenwood untuk gol keenam United.

Cavani melencongkan bola dengan kaki luarnya. Dan ianya tepat sekali, terus disempurnakan oleh Greenwood.

Itulah kisah Cavani dan juga Bruno Fernandes yang membantai AS Roma di Old Trafford. Dengan kemenangan 6-2, tugas yang terlalu sukar buat Roma untuk bangkit pada perlawanan kedua.

Akhirnya Ole Gunnar Solskjaer boleh menarik nafas lega melepasi badi separuh akhir.

Prestasi Cavani sangat luar biasa. Membuatkan kita terlupa sebenarnya beliau sudah berusia 34 tahun. Cavani sangat tajam dan pantas dalam permaiannya.

Cavani masih belum melanjutkan kontrak beliau di Old Trafford walaupun dilaporkan sudah ada tawaran ke atas beliau.

Di mana Cavani sedang mempertimbangkan untuk kembali ke Amerika Selatan dan bermain dikatakan berminat untuk bermain dengan Boca Juniors sebelum bersara.

Jika Cavani tidak melanjutkan kontraknya, beliau akan diingati sebagai pemain yang memberikan impak sangat besar di dalam kariernya di United.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil