VIDEO: Gol Bergwijn Selepas Menciduk Maguire Dengan Pecutan

Steven Bergwijn menjaringkan gol sensasi pada minit ke-27 dalam aksi di antara Spurs vs United.

Jose Mourinho dan pasukannya menerima kunjungan daripada bekas majikannya. Ini adalah aksi pertama kedua dua pasukan untuk sambungan aksi Liga Perdana Inggeris.

Bergwijn yang menerima bola selepas tandukan Shaw tidak sampai kepada rakannya. Serge Aurier melakukan satu sentuhan yang kemas memenangi bola itu dan terus kepada Steven Bergwijn.

Bergwijn melakukan gelecekan dan gerakan yang sangat pantas dan tak mampu dihentikan.

Beliau juga mengatasi Fred, Harry Maguire dengan mudah dan kemudian melakukan rembatan deras.

De Gea mungkin patut melakukan save dan bertindak lebih baik. Tetapi beliau gagal menghadang bola itu.

Gol itu menyaksikan Bergwijn sudah menjaringkan 3 gol dalam enam aksi EPL beliau sejak menyertai kelab London Utara itu.

Bergwijn menjadi pemain kedua dalam sejarah Spurs untuk menjaringkan 3 gol dalam setiap 3 penampilan pertama di halaman Spurs selepas Rafael Van Der Vaart pada 2010/11.

Jelas sekali pemain ini memiliki ketajaman yang luar biasa sedikit di home.

Larian yang kemas dengan gelecekan ringkas yang membuatkan Fred dan Harry Maguire tak mampu menghentikannya.

Satu acahan beliau sebelum gol itu membuatkan Maguire terpedaya dan membuka ruang di space paling bahaya.

https://twitter.com/i/status/1274065816787447808

https://twitter.com/i/status/1274066014574120967

Dalam aksi separuh masa pertama, United tampil dengan aksi lebih dominan dari segi penguasaan bola. Namun mereka gagal untuk menyudahkan beberapa peluang yang agak baik. Misalnya menerusi Marcus Rashford.

Masih ada 45 minit untuk dimainkan.