[VIDEO] Gol Bruno Dengan Controlled Shot Menghasilkan Curveball, Ini Penjelasan Ringkasnya

Bruno Fernandes meneruskan sentuhan emasnya bersama dengan Man United musim ini. Di mana dalam aksi berdepan dengan Everton beliau menjaringkan gol kedua pasukannya.

Cavani menjaringkan gol pembukaan. Dan pada sebelum rehat separuh masa, Bruno Fernandes memastikan United masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 2 gol.

Gol Bruno Fernandes sangat lawa dan begetah. Di mana beliau melakukan controlled shot yang sangat sempurna.

Curveball

Trajektori bola itu lebih kepada curveball. Di mana ianya naik dan menjunam pada saat akhir tanpa ada lencongan.

Ianya seperti curveball dana sukan softball.

Kalau korang tengok teknik dia tadi, dia pakai teknik ni.

Kalau knuckle, hampir sama macam curveball ni tapi ianya menggila lebih sikit pada hujungnya dengan ada lencongan.

Namun tiada masalah pun nak panggil knuckle ball. Boleh je. Garis tipis je membezakan keduanya dalam bola sepak.

Olsen perlu berada dalam kedudukan sempurna untuk menafikan bola curve tersebut.

Bruno awalnya skip pass kepada rakannya dan secara tak langsung mencipta ruang di tengah untuk dirinya sendiri.

Dengan keyakinan dan form yang sedang membara, Bruno terus melancarkan rembatan tanpa berfikir soal negara.

Teknik dan power dikawal untuk memastikan ketepatan terjadi. Ianya dilakukan dari kedudukan yang tak terduga.

Sebenarnya tak selalu pemain dapat melakukan rembatan curveball ni. Ada yang sekali seumur hidup pun ada. Faiz Subri antara pemain yang menang Puskas dengan curveball ini.

Walaupun ada korang cakap Faiz Subri ni nasib je. Sebenarnya, gol brilliant memang kena ada elemen nasib. Sebab tu ianya sukar berulang semula.

Lihat di sini:

Calvert Lewin berpeluang merapatkan jurang gol sebelum wisel separuh masa, namun mempersiakannya.

 

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil