[VIDEO] Gol ‘Chest & Shot’ Smith Rowe Dan Auba Yang Membawa Arsenal Mara

Nama Emile Smith Rowe sekali lagi menjadi bualan. Ini selepas pemain gantian tersebut menjadi penjaring gol kemenangan yang melayakkan Arsenal ke pusingan seterusnya dalam kempen Piala FA.

Arsenal melayan kunjungan Newcastle di Emirates. Arsenal terus diganggu oleh kecederaan pemain yang sedang dalam prestasi yang agak baik – Gabriel Martinelli. Pemain muda tersebut cedera ketika sesi memanas badan dan terpaksa dikeluarkan daripada pasukan utama.

Pada separuh masa pertama, Arsenal memiliki penguasaan yang tinggi namun tumpul di hadapan gol. Pierre Emerick Aubameyang memiliki peluang untuk menjaringkan gol namun gagal menyudahkannya.

Seterusnya Willian juga mempersiakan peluang dengan merembat liar bola dari dalam kotak penalti.

Newcastle bergantung kepada hantaran lintang. Malang sekali Andy Carroll gagal menghadirkan ancaman yang lebih kuat.

Pada separuh masa kedua, Newcastle memperbaiki permainan mereka dan mendapat beberapa peluang gol. Ini termasuk peluang keemasan Andy Carroll yang menyambut bola di hadapan Leno. Sayang sekali percubaan beliau tersasar.

Nicolas Pepe dan Aubameyang juga masing masing memiliki peluang gol yang gagal disudahkan.

Arteta memasukkan Granit Xhaka dan Smith Rowe. Xhaka memberikan ancaman dengan rembatannya hampir menerjah gawang. Smith Rowe bernasib baik apabila VAR menyelamatkan beliau daripada kad merah.

Perlawanan separuh masa kedua juga berakhir tanpa jaringan. Di mana kedua dua pasukan terpaksa beraksi 30 minit lagi masa tambahan untuk menentukan pemenang.

Pada masa tambahan babak pertama, Arsenal terus buntu di hadapan gol. Newcastle berjaya memecah masuk ke zon serangan namun mereka kerap hilang bola pada waktu untuk penyudahan.

Pada babak kedua masa tambahan, Arsenal mendapat rentak mereka. Gandingan pemain gantian, Lacazette dan Smith Rowe akhirnya menghasilkan gol. Lacazette menekan lawan, dan bola dikawal kemas dengan dada oleh Smith Rowe.

Penyudah itu tipikal penyudah classic no.9 yang kita biasa tengok. Satu sentuhan untuk kawalan dan satu rembatan terus masuk. Tak perlukan sentuhan tambahan / extra touch.

Pemain muda itu meleretkan bola secara menyilang ke tiang jauh. Dan akhirnya Arsenal di hadapan.

Arsenal kemudian mengesahkan kemaraan mereka dengan gol oleh kapten mereka, Pierre Emerick Aubameyang. Ianya gol yang sangat penting dan melegakan Aubameyang yang masih bergelut untuk mendapatkan semula prestasi terbaiknya.

Gol berpasukan itu hadir menerusi larian cantik Kieran Tierney yang bermain 1-2 dengan rakannya. Tierney menerima bola di byline dan kemudian melakukan hantaran silang rendah yang mudah disumbat Aubameyang.

Newcastle tidak berdaya untuk membalas gol tersebut.

Arsenal menang 2-0.