Manchester United turun dalam aksi boxing day berhadapan dengan Newcastle. Pasukan Man United mahu memperbaiki prestasi mereka selepas tewas di tangan Watford sebelum ini.
Sebelum ini Manchester United diberikan mimpi ngeri oleh Newcastle dengan gol kemenangan Matthew Longstaff di St James’ Park.
Anthony Martial menjadi nadi penting kebangkitan Man United dalam perlawanan ini. Beliau dikritik hebat selepas aksi kurang meyakinkan menentang Watford.
Jadi, malam boxing day adalah hari terbaik untuknya menutup mulut pengkritik.
Ginger Longstaff lagi!
Newcastle di hadapan pada minit ke-17. Dan agak unik kerana penjaring gol itu, sekali lagi si remaja bernama Matthew Longstaff.
Ia bukan petanda yang baik untuk United, lebih-lebih lagi mereka banyak sekali keciciran mata berhadapan dengan pasukan midtable.
Man United goyah ketika bertahan dan memberikan ruang yang besar kepada Newcastle. Joelinton dan Matthew bermain bertukar hantaran dan membolehkan gol itu dicipta.
Matty Longstaff’s celebration against Manchester United. pic.twitter.com/xF0QGnyHIV
— Squawka News (@SquawkaNews) December 26, 2019
Dah lain macam budak ni kalau lawan Manchester United. Kalau ada 20 perlawanan lawan Man United, mahu menang Ballon d’Or ni.
Longstaff brothers when it’s time to play Manchester United pic.twitter.com/WOEFLKaFSq
— WAP connoisseur 🇬🇭 (@sexy_ghanaian) December 26, 2019
Manchester United sangat terkejut dengan jaringan itu. Namun kita yang tengok di tv tak terkejut sangat. Memang ada banyak sangat ruang Newcastle dapat daripada mereka dalam beberapa situasi.
Man United kemudian memperbaiki permainan mereka.
Martial pimpin kebangkitan
Anthony Martial mencetuskan kebangkitan Setan Merah di Old Trafford dengan jaringan penyamaan pada minit ke-24.
Ianya satu strike yang sangat cantik hasil daripada lay up dilakukan oleh Andreas Pereira.
Teknik Martial melencongkan bola ke near post tu sangat baik. Dan harus diakui penjaga gol Newcastle patut lebih baik kerana beliau berhadapan dengan shot ke near post.
Namun gol itu mirip dengan gol yang beliau lakukan sebelum ini. Di mana Martial menerima satu umpanan ringkas daripada rakan dan melakukan rembatan ke near post.
Martial scored almost an identical goal in this fixture last year. pic.twitter.com/eNcbD7Cm53
— JTG Productions (@JTGProductionYT) December 26, 2019
Pemain remaja Manchester United, Mason Grenwood meletakkan United di hadapan dengan satu rembatan deras yang sedikit terbias pada kaki pertahanan.
That hit from 18-year-old Mason Greenwood 🚀😳 pic.twitter.com/OHA7xvdwPw
— B/R Football (@brfootball) December 26, 2019
Ianya selepas Newcastle melakukan kesilapan dalam usaha mereka nak bermain binaan serangan dari blok bawah.
5 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Rashford seakan-akan mengesahkan 3 mata untuk Man United menerusi gol daripada tandukan.
📊 Comparison – appearances & age when scoring 60th goal for @ManUtd:
21 years, 343 days (152 apps) Wayne Rooney
22 years, 56 days (195 apps) Marcus Rashford
22 years, 279 days (205 apps) Cristiano Ronaldo pic.twitter.com/rc1osdVvOy— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) December 26, 2019
Pada separuh masa kedua, Martial membunuh perlawanan ini dengan gol keempat. Satu penyudah yang sangat tenang dalam situasi satu lawan satu.
Memang cantik gol tu, dia tunggu keeper bertindak, dan terus dia mencucuk bola itu dengan secomelnya, persis kecomelan wajah Martial yang sentiasa tersenyum.
Korang layan rangkuman aksi kat sini:
Kemenangan ini membolehkan United kini menghampiri slot 4 teratas dengan dibezakan 4 mata.
Ini selepas skuad bimbingan Frank Lampard iaitu Chelsea, semalam, tewas di tempat sendiri berhadapan dengan Southampton.
Man United kali ini lebih komitmen untuk bangkit dan cepat untuk menyerap tekanan selepas ketinggalan.