VIDEO: Gol Debut Jota Di Anfield

Diogo Jota berjaya menandakan debutnya di Anfield dengan gol yang manis dan sedap.

Pemain Portugal itu masuk sebagai pemain gantian menggantikan pemain on form, Sadio Mane.

Jota memiliki peluang awal dengan menerima bola daripada Salah, namun rembatan beliau terkena tepi jaring.

Jota memiliki peluang kedua, namun Salah memintas bola daripadanya.

Dan kali ketiga Jota tak melepaskan peluang. Bermula daripada cross Trent Alexander Arnold, bola dikeluarkan Luiz terus singgah depan Jota.

Jota mengawal bola dan melepaskan rembatan tepat membuatkan Bernd Leno terpaku.

Liverpool menang 3-1 ke atas Arsenal. Arsenal terlebih dahulu di hadapan menerusi Lacazette yang memanfaatkan kesilapan Robbo.

Tidak lama selepas itu, Sadio Mane membalas gol itu dengan tap in mudah.

Robertson kemudian menebus kesilapannya dengan menyumbat masuk gol kedua.

Seperti yang kita semua tahu, gol ketiga adalah menerusi Jota.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di