Video: Gol Firmino Yang Membawa Liverpool Ke Final Piala Dunia Kelab

Liverpool mengatasi cabaran Monterrey dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab untuk menempah tempat di final beraksi menentang Flamengo.

Liverpool terpaksa memecahkan 2 pasukan untuk aksi Piala Dunia Kelab dan Piala Carabao. Dan Piala Carabao diberikan kepada pasukan bawah 23 tahun Liverpool.

Cabaran dalam Piala Carabao sudah berakhir di Villa Park. Namun dalam aksi Piala Dunia kelab Liverpool masih berjuang.

Dan ianya bukan perlawanan mudah. Klopp menurunkan kesebelasan pelik dan penuh mistik sebab beberapa isu kecederaan.

Jordan Henderson menjadi center back bergandingan dengan Joe Gomez, pemain yang paling buat aku sakit jantung semalam.

Liverpool bermula baik dengan mendahului menerusi Naby Keita. Satu hantaran yang comey lotey dilakukan oleh Mohamed Salah.

Killer pass yang padu membelah pertahanan dilakukan oleh Mo Salah.

Namun selepas itu, Liverpool seakan akan sengaja memberikan lawan lebih keyakinan. Pasukan Monterrey ni pula semua shot dari luar mereka adalah tepat gila wei.

Alisson dipaksa bekerja keras dalam perlawanan ini. Alisson dipilih MOTM sebab beraksi cemerlang menafikan banyak percubaan tepat pasukan lawan.

Monterrey menyamakan kedudukan hasil daripada bola kedua yang termuntah selepas Alisson melakukan world class save.

Funes Mori mudah melakukan susulan yang terus ke arah gol. Dia dengan tenang menyudahkannya.

Liverpool kemudian bergelut nak memecahkan pertahanan pasukan lawan. Dan Klopp menggunakan kesemua pertukaran beliau ada.

Klopp sempat juga mencari pasal dan mendapat kad kuning dalam perlawanan ini sebab marah dengan coach Monterrey yang minta pengadil melayangkan kad kuning kepada pemain Liverpool.

Pemain gantian Klopp memberikan impak yang berkesan dalam perlawanan ini. Sadio Mane antara pemain yang terus memecah masuk ke dalam kawasan gol lawan.

Dan kesan paling ketara, pada masa kecederaan 90+1, Firmino menerima hantaran oleh Trent Alexander Arnold, juga killer pass yang cantik.

Firmino melakukan contact sempurna untuk memastikan bola tepat ke gawang gol. Dan Liverpool mara lagi ke final selepas 2005.

Kau tengok macam setan mamat ni buat highlight letak crazy skills. Korang layankan gol Firmino tu:

Firmino memang sangat tenang seperti biasa. Persis Steven Seagal yang bergaduh di dalam keretapi lawan 100 orang tanpa ada calar dan keluar darah walau secalit.

Liverpool berjaya meneruskan kemaraan ke final. Selepas pengorbanan budak budak wicet di England yang tewas 5-0 di tangan Aston Villa dalam aksi Piala Carabao.

Jom saksikan highlight perlawanan di sini bersama sama:

Sebagai rekod, Liverpool mara ke kejohanan kali ini selepas kejuaraan UCL pada musim 2018/19.

Sebelum ini Liverpool sudah membawa pulang Piala Super Eropah. Adakah Liverpool akan terus menuai hasil selepas ini.

Sama sama kita tunggu dan harapkan yang terbaik daripada mereka.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari