[VIDEO] Gol Hakimi Yang Memberikan Kekalahan Pertama JDT Di Home

JDT terpaksa tunduk kepada Terengganu di tempat sendiri di tangan pasukan Terengganu.

Terengganu turun dengan pendekatan sangat positif pada awal perlawanan. Mereka memberikan masalah kepada JDT untuk membina permainan berpasukan.

Terengganu memiliki beberapa peluang pada separuh masa pertama menerusi Da Silva, namun penyudah beliau menghampakan.

JDT bergelut untuk mencipta peluang kepada target man mereka, Bergson.

Pada separuh masa kedua, Terengganu akhirnya mengejutkan tuan rumah menerusi Hakimi Abdullah. Ianya berpunca daripada serangan balas.

Namun sebelum itu, JDT berjaya memperbaiki rentak mereka berbanding dengan separuh masa pertama.

Ketika JDT sedang rancak menyerang, Terengganu melancarkan serangan kilat pantas. David Da Silva cuba mengekalkan bola di kakinya namun gagal, tetapi pertahanan JDT tidak mengeluarkan bola kemas.

Sepakan Adam terpantul pada Natxo dan Hakimi meneruskan larian mencipta situasi 1 lawan 1 dengan Farizal Marlias.

Dengan ketenangan yang tinggi dan teknik yang cantik, Hakimi melakukan satu tap ataupun cucukan mengatasi Farizal Marlias.

Satu gol yang menarik dilakukan oleh pemain muda yang berusia 21 tahun tersebut. Beliau meneruskan aksi cemerlang pada musim ini.

Tersentak dengan gol tersebut, JDT menggandakan usaha untuk mencari gol. Namun mereka terus gagal untuk mendapat gol.

Mora memasukkan Ramadhan Saifullah dan Safawi Rasid selepas front 3 JDT sepanjang malam bergelut untuk mencipta templay.

JDT bermain lebih baik dan lebih agresif menyerang. Tetapi penyudah menghampakan JDT.

Baca yang lain