VIDEO: Gol Half Turn Roket Syafiq Ahmad vs Kelantan DN

Syafiq Ahmad telah menghadiahkan penyokong Kedah dengan gol yang luar biasa. Dan ia bakal menjadi calon gol terbaik gol Liga Super Malaysia untuk musim ini.

Syafiq menggunakan teknik yang baik, dengan fokus kepada kederasan bola. Pada masa yang sama ketepatan rembatan itu memang padu.

Kedah menang selesa 3-0 dalam aksi menentang pasukan Kelantan DN dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman.

Kemenangan tersebut turut menyaksikan bintang mereka, Syafiq Ahmad melakukan gol roket yang luar biasa.

Syafiq Ahmad yang berada di luar kotak penalti telah diberikan ruang terlalu selesa dengan tiada sebarang tekanan dikenakan ke atasnya walaupun ada ramai pemain berdekatan dengannya pada masa itu.

Ianya ternyata kesilapan besar oleh pasukan lawan. Ini selepas pemain berusia 28 tahun itu melakukan half turn dan terus melepaskan rembatan padu yang hanya mampu dilihat oleh penjaga gol pada minit ke-58.

Saksikan gol ajaib itu di sini:

Dua lagi gol Kedah adalah menerusi Rizal Ghazali yang membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini pada awal separuh masa pertama.

Gol tersebut jelas sekali penjaga gol melakukan goalkeeping error apabila tidak dapat menepis atau menangkap bola yang menuju tepat ke arahnya.

Sementara gol ketiga Kedah terhasil menerusi Sony Norde yang mejaringkan gol pada minit ke-73 perlawanan.

Kemenangan itu membolehkan Kedah kini berada di tangga keenam dalam carta liga.

Prestasi Syafiq Ahmad kembali menjadi sorotan media dan peminat tempatan. Beliau sebelum ini terpaksa disisihkan daripada panggilan kebangsaan kerana masalah kecederaan.

Kim Pan Gon pastinya gembira dengan Syafiq Ahmad yang kembali menemui sentuhan jaringannya.

Saksikan rangkuman penuh aksi Kedah vs Kelantan DN di sini gaiss, gratis: