VIDEO: Gol Henderson Dengan Bahu Meletakkan Liverpool Di Hadapan vs Wolves

Liverpool turun berhadapan dengan Wolves dalam aksi EPL di Molineux. Ianya perlawanan yang ke-24 untuk Wolves dan ke-23 untuk Liverpool.

Liverpool beraksi pada malam Khamis ni rekod dia seram sikit. Namun mujur musim ni diperbaiki.

Liverpool diancam dengan sepakan percuma oleh Joao Maoutinho, yang melakukan whipped cross, namun tiada pemain Wolves yang terhubung dengannya.

Pada minit ke-8, kapten Liverpool, Jordan Henderson meletakkan The Reds di hadapan. Ianya berpunca dari sepakan penjuru Trent Alexander Arnold.

VAR mengesahkan gol itu, dan diberikan kepada Jordan Henderson. Liverpool mendahului tuan rumah dengan satu gol di hadapan.

Ianya gol menggunakan bahu beliau. Sebelum ini Lallana melakukan assist dengan bahu. Bahubali betul diorang ni.

Ianya tandukan yang sangat baik, ke near post menewaskan salah seorang penjaga gol terbaik di EPL, Rui Patricio.

https://twitter.com/i/status/1220438964626169856

Trent Alexander Arnold sekali lagi mencatatkan angka dua digit pada assist beliau.

https://twitter.com/i/status/1220439471491108864

Dan sejak musim lalu, Trent Alexander Arnold sudah mencatatkan 22 bantuan gol kepada rakannya. 10 daripadanya adalah daripada situasi bola mati

Gol itu meletakkan Liverpool satu gol di hadapan, masuk ke bilik persalinan.

Cuma masalah kita sekarang ini, Mane terpaksa dikeluarkan kerana cedera. Debut untuk Takumi Minamino dalam EPL pada malam ni.

Dia nampak ok la, tak gugup. Larian tanpa bola dia cantik.

Kedua-dua pasukan memiliki beberapa peluang gol terbaik dalam perlawanan ini. Namun penyudah agak menghampakan.

Baca yang lain