[VIDEO] Gol Jahat Thiago Alcantara & Mo Salah Hiasi Kemenangan 2-0 Liverpool Ke Atas Porto

Thiago Alcantara tampil dalam kesebelasan utama Liverpool dalam perlawanan pelengkap jadual menentang FC Porto.

Sebelum perlawanan, Thiago diajukan soalan tentang rumors yang mengaitkan beliau pulang semula ke Barcelona.

Thiago dengan tenang menjawab bahawa beliau gembira untuk berada di Liverpool dan menolak spekulasi tersebut.

Liverpool bergelut sepanjang separuh masa pertama. Di mana Porto tampil dengan lebih baik dengan mencipta lebih banyak peluang.

Malangnya Porto banyak mempersiakan peluang. Jika mereka lebih tajam, Porto boleh mendahului sehingga 3 gol di hadapan.

Namun itu tidak berlaku. Kerana pemain pemain Porto berterusan membazirkan peluang gol termasuk beberapa situasi 1 lawan 1.

Liverpool memiliki peluang apabila Sadio Mane menerima hantaran Thiago dan dengan tenang melencongkannya secara leret dan masuk.

Tetapi VAR masuk campur untuk membatalkan gol tersebut, kerana Mane sedikit ofsaid. Jadi tiada gol. Dan kedua dua pasukan masuk ke bilik rehat dengan keputusan 0-0.

Bersambung separuh masa kedua, Porto terus bersemangat untuk menyerang. Dan mereka mencipta peluang awal perlawanan.

Tetapi Liverpool kemudian mendahului menerusi gol cantik Thiago Alcantara.

Berpunca daripada situasi sepakan percuma, pemain pertahanan Porto mengeluarkan bola yang terus menuju kepada Thiago yang berada di luar kotak penalti.

Thiago menggunakan masa dan kesempatan yang ada untuk mencari posisi badan terbaik untuk merembat terus bola tersebut.

Ketika bola berada di hadapannya, Thiago melakukan rembatan rendah yang cantik dan terus masuk pada minit ke-52 untuk meletakkan Liverpool di hadapan.

Ianya sepakan kilas yang sangat cantik dan memukau.

Mohamed Salah pula memberikan Liverpool gol kedua sebelum beliau dikeluarkan.

Salah menjaringkan gol minit ke-70, juga menerusi gol yang boleh tahan jahatnya kalau dilihat.

Salah memberikan tekanan kepada pertahanan lawan dan bermain 1-2 dengan Jordan Henderson.

Salah kemudian menewaskan pertahanan lawan dengan kelincahannya. Lalu merembat masuk ke near post. Gol yang sangat cantik.

Salah kini sudah menjaringkan 17 gol dalam 17 perlawanan untuk Liverpool. Dan 10 gol dalam 10 perlawanan terkahirnya.

Setakat ini dalam UCL, Salah sudah menjaringkan enam gol.

Satu lagi musim cemerlang buat Mohamed Salah yang ketika ini berada di prestasi terbaiknya.

Liverpool menang 2-0. Mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam peringkat kumpulan setakat ini, ataupun selepas 5 perlawanan.

Artikel lain

Liverpool Sedia Guna Klausa Bonus Free Agent Untuk Lanjutkan Kontrak Salah

Man Utd 0 Liverpool 5: Salah Hatrik, United Catat Kekalahan Terburuk Di Teater Impian

Liverpool Bantai Porto 5-1, Salah, Firmino Skor 2 Gol

Baca yang lain