[Video] Gol Jahat Vardy Dengan Back Heel Flick Dan Kemudian Hatrik Ke Atas City

Jamie Vardy akhirnya menjaringkan gol daripada open play pertama musim ini. Dan beliau melakukannya dengan cara sebaik yang mungkin sebagai pemenang kasut emas musim lalu.

Vardy melakukan flick sejahat rasa ke arah near post oleh Alisson.

Jamie Vardy turun dengan reputasi menggerunkan lawan big six. Mana taknya, sebelum sepak mula beliau sudah menjaringkan 35 gol ke atas big six.

Man City terlebih dahulu di hadapan dengan gol cantik Riyad Mahrez pada minit ke-4.

Mahrez melakukan half volley yang selaju roket menewaskan Kasper Schmeichel.

Tetapi skuad Pep Guardiola selepas itu menyaksikan masterclass daripada Vardy.

Vardy membuka akaun gol beliau dalam perlawanan ini dengan gol menerusi penalti pada minit ke-37.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-1.

Bersambung babak kedua, Jamie Vardy membuktikan kualitinya sekali lagi.

Selepas 3 gol pertamanya dengan penalti, kali ini Vardy melakukan flick cantik selepas menerima hantaran Castagne.

Memang cantik dan jahat gol tu. Leicester City di hadapan buat pertama kali dalam perlawanan ini.

Flick beliau itu mengingatkan kita kepada gol Vardy ke atas Jerman dalam tugasan kebangsaannya bersama skuad England.

Vardy kemudian melengkapkan hatriknya dengan gol penalti sekali lagi. Ini selepas beliau sendiri dijatuhkan.

Vardy tidak ada masalah menewaskan Ederson dengan penalti cantik ke penjuru bawah sebelah kiri Ederson.

Vardy kini menjadi pemain pertama selepas Jamie Vardy sendiri pada 2016, menjaringkan hatrik ke atas pasukan Pep Guardiola.

Dan hanya Lionel Messi selain daripada beliau yang pernah melakukan perkara yang sama.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.