[VIDEO] Gol Kejuaraan Havertz Dan Carutan Kegembiraan Depan TV Bersama Azpilicueta

Kai Havertz hadir dengan tag harga £70 juta ataupun sekitar EUR81 juta. Beliau berdepan dengan kesukaran untuk beradaptasi dengan bola sepak Inggeris.

Kai Havertz merupakan pemain yang luar biasa di Bayer Leverkusen dan dikaitkan dengan hampir semua kelab besar di Eropah.

Dalam aksi final UCL di Estadio Do Dragao, Kai Havertz akhirnya memberikan gol yang sangat besar dalam sejarah kelab Chelsea.

Di mana beliau berjaya menerima bola cantik daripada Mason Mount. Havertz menewaskan perangkap ofsaid selepas Ruben Dias yang ditarik oleh gerakan Timo Werner.

Havertz dalam situasi 1 lawan 1. Pastinya dia perlu fokus pada situasi itu dan membuang semua tekanan yang beliau lalui sepanjang musim selepas beribu kritikan ke atasnya selaku pemain termahal dalam sejarah Chelsea.

Ederson mara untuk mengeluarkan bola, Havertz dengan liciknya menolak sedikit bola menewaskan Ederson.

Dalam keadaan gawang terbuka, langsung tiada masalah untuk anak muda dari Jerman itu menjaringkan gol paling ikonik dalam kariernya.

 

Kai Havertz baru sahaja mencipta momen yang tidak akan dilupakan selamanya. Beliau menewaskan penjaga gol terbaik di England pada ketika ini.

Menurut catatan rekod, itu adalah gol sulung Havertz dalam aksi UCL. Ianya gol di final. Dan ianya gol kejuaraan buat kelab baharunya, Chelsea.

Lihat sendiri reaksi peminat Chelsea di dalam stadium.

Wartawan kemudian bertanya: “Apa tekanan kepada kamu selaku pemain termahal Chelsea di dalam sejarah.”

Kai kemudian termencarut berkata: “Secara jujurnya sekarang, aku tak berikan persetubuhan [peduli] langsung dengan semua itu kerana, sebab kami baru saja persetubuhan* menang UCL,” sambil Azpi tergelak riang.

Menurut Azpi, Havertz selayaknya mendapat momen seperti itu kerana mentalitinya. Dan Azpilicueta yakin bahawa Havertz akan menjadi bintang besar dalam bola sepak.

Ini merupakan kejuaraan UCL kedua buat Chelsea. Mereka bangkit selepas kalah final piala domestik di tangan Leicester sebelum ini dan tewas dalam aksi terakhir di tangan EPL.

Pastinya tiada masalah untuk membayar GBP70 juta untuk pemain yang boleh memberikan kamu UCL walaupun hanya dengan 1 gol sahaja. Kerana UCL adalah prestijnya sangat tinggi.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.