[VIDEO] Gol Kemenangan Liverpool Menerusi Screamer Tanpa Belas Dari Trent Alexander Arnold

Liverpool kembali beraksi di Anfield dalam usaha mereka memperbaiki rekod buruk dalam EPL di tempat sendiri musim ini.

Dan badi Anfield seakan akan bersambung ke episod baharu, apabila Ollie Watkins menjaringkan gol pendahuluan separuh masa pertama untuk pasukan pelawat.

Kesilapan Alisson Becker – gagal menampan kemas bola – membuatkan bola bergolek terus masuk. Aston Villa selayaknya di hadapan kerana lebih baik dari segi ciptaan peluang berkualiti.

Roberto Firmino menyaksikan gol beliau dibatalkan VAR. Tak taulah berapa kali si Mino ni kan kena tarik dengan VAR. Dulu kes ketiak terlebih pun dia pernah.

Mohamed Salah menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-57. Dan akhirnya Liverpool tahun ni skor dari open play.

Rekod yang bukan bukan dicipta Liverpool. 12 jam 44 minit tanpa gol dari open play. Setengah hari suntuk tu mencari. Salah menyempurnakan bola muntah selepas Emi Martinez melakukan saves world class menafikan percubaan Andy Robertson.

Selepas menyerang dan menyerang, Liverpool semakin tak keruan memikirkan nasib mereka berdepan dengan team yang bagus di pertahanan. Dengan Tyron Mings mintak puji Southgate yang hadir.

Lalu pada masa kecederaan, berpunca daripada hantaran Thiago yang mengacah kepada Shaqiri, Thiago menerima bola dengan voli, tetapi Emi Martinez melakukan save kelas dunia menafikannya.

Arnold yang menerima bola dari luar kotak penalti melepaskan kegeramannya di hadapan Southgate – kerana sebelum ini dia direject dari kem England. Bola tersebut melencong cantik pada akhirnya, dan gol menjelma.

Gol itu menamatkan badi 6 perlawanan liga kalah straight di Anfield.

Lalu Mane mengakhiri malam aneka ragam dengan aksi kurang senonohnya. Mujur dah ada gol kedua.

Cerita tamat.

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi