[VIDEO] Gol Lencongan Rendah Cornet Yang Cantik Menentang Man City

Maxwell Cornet menjaringkan gol pembukaan yang cantik untuk Lyon dalam aksi menentang Man City di suku akhir Liga Juara Juara Eropah.

Menariknya, Cornet sebelum ini sudah menjaringkan 3 gol berdepan dengan City dalam dua pertemuan musim lalu.

Dan beliau tidak menjaringkan sebarang gol dalam UCL musim ini. Sehinggalah aksi berdepan dengan City, Cornet menjaringkan gol sekali lagi.

Cornet melalukan rebound yang cantik sebaik sahaja mendapat bola yang cuba dikeluarkan oleh Eric Garcia.

Cornet merembat lencong bola pada paras rendah menuju penjuru rendah gawang Man City yang dikawal oleh Ederson.

Satu teknik yang sangat baik. Kerana jika tidak cukup bagus bola itu boleh tersasar. Rembatan itu melencong dari luar dan masuk ke dalam near post.

Keyakinan Cornet juga banyak membantu beliau dalam menghasilkan gol tersebut.

Cornet kini menyamai rekod Messi untuk menembusi pasukan City bimbingan Guardiola sebanyak 4 kali.

Namun Lyon menantikan dengan penuh debar, untuk pengadil mengesahkan gol tersebut. VAR digunakan untuk memeriksa sama ada binaan gol tersebut berpunca dari gerakan ofsaid.

Ternyata gol itu disahkan dan Lyon terlebih dahulu berada di hadapan.

Saksikan di sini:

https://twitter.com/i/status/1294717773705359360

https://twitter.com/i/status/1294716793068621826

https://twitter.com/i/status/1294717998641475590

 

 

 

 

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang