VIDEO: Gol Lencongan Trent A.K.A ‘Black Lives Matter’ Yang Menusuk Jiwa

Beberapa hari ini,  netizen kecoh dengan nama Trent Alexander Arnold yang tersilap identiti ditulis Black Lives Matter.

Dan ramai penyokong Liverpool berseloroh mahu ‘Black Lives Matter’ memperbaiki aksinya. Ini selepas Arnold beraksi kurang memberangsangkan dalam perlawanan Derbi Merseyside menentang Everton.

Pada hari ini tidak ada nama Black Lives Matter pada belakang baju. Yang ada hanyalah Trent Alexander Arnold.

Sebenarnya ia adalah protokol khas oleh EPL dalam usaha menyokong kempen Black Lives Matter.

Di mana kesemua pasukan wajib untuk meletakkan slogan Black Lives Matter menggantikan nama pemain pada hari perlawanan pertama ketika liga disambung semula.

Trent Alexander Arnold dengan sweet right foot

Dalam aksi berdepan Crystal Palace, Trent Alexander Arnold menjaringkan gol daripada sepakan percuma yang luar biasa.

Sepakan percuma di luar kotak penalti itu diberikan pengadil tanpa keraguan selepas Virgil Van Dijk dijatuhkan dengan kekasaran.

Trent Alexander Arnold tampil dengan gaya dan keunggulannya telah menyempurnakan sepakan percuma itu dengan lencongan yang cantik.

https://twitter.com/i/status/1275876042700357632

 

Arnold memang pengambil sepakan bebas utama pasukan Liverpool. Namun sebelum ini kadangkala Mo Salah ataupun Fabinho mengambil sepakan itu.

Sasaran yang jitu dan tepat itu memberikan Liverpool gol pendahuluan dalam usaha The Reds menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

https://twitter.com/i/status/1275876381084340224

Ternyata kaki kanan Trent Alexander Arnold terlalu bahaya untuk diberikan peluang seperti itu di luar kotak penalti.

Dengan gol itu, bermakna Trent Alexander Arnold sudah menjaringkan 3 gol. Terbanyak dilakukan beliau dalam satu musim kempen. Sebelum ni 2 gol je dalam 3 musim.

Secara keseluruhannya Trent Alexander Arnold sudah menyumbang dan menabur bakti secara terus kepada 15 gol Liverpool musim ini. Ian sumbangan yang sangat besar daripada anak jati Scouser pekat ini.

Tidak hairanlah beliau menjadi inspirasi ramai anak muda lain di bandar Liverpool.

Mo Salah menambah satu lagi gol sebelum rehat. Hasil umpanan cantik daripada pemuda warga Brazil, Fabinho.

 

Baca yang lain