Diego Carlos menikmati salah satu malam terbaik dalam kariernya. Ini selepas beliau melakukan jaringan libasan ataupun gol lipat dalam aksi final UEL.
Ianya training ground goal yang sangat cantik. Bola tersebut turut terbias pada kaki Romelu Lukaku.
Lukaku tak dapat mengeluarkan bola kerana keadaannya terlalu cepat. Beliau hanya mampu melihat bola masuk dengan wajah sugul.
https://twitter.com/i/status/1296908633561858048
Diego Carlos dilihat menitiskan air mata ketika berada di bangku simpanan ketika dia dikeluarkan.
Malam gila buat Diego Carlos
Emosi beliau bercampur baur. Pada separuh masa pertama beliau memberikan penalti kepada lawan.
Ini bermakna beliau sudah memberikan penalti kepada lawan dalam tiga perlawanan berturut turut.
Diego Carlos in the #UEL
Quarter-final — penalty conceded
Semi-final — penalty conceded
Final — penalty concededNot ideal. 🤦♂️ pic.twitter.com/iTGHLeWQXa
— Statman Dave (@StatmanDave) August 21, 2020
Carlos boleh dikira bernasib baik kerana dia masih berada di padang dan hanya dilayangkan kad kuning. Pada hari lain kesilapan last man defending tersebut pastinya membawa kepada kad merah.
Should Diego Carlos even be on the pitch? 😬 https://t.co/uFq6HojnGV
— Goal (@goal) August 21, 2020
Lukaku menyempurnakan penalti tersebut seawal minit kelima untuk meletakkan Inter Milan di hadapan.
Sevilla kemudian membalas dengan dua gol menerusi Luuk De Jong.
Gol pertama De Jong adalah pada minit ke-12. Manakala gol kedua beliau pula hadir pada minit ke-33.
Namun tidak lama selepas gol kedua itu, pemain veteran Diego Godin menanduk masuk bola untuk Inter Milan menyamakan kedudukan.
Pada separuh masa kedua, selepas pertarungan yang sukar untuk kedua dua pasukan, Diego Carlos menghasilkan magisnya dengan rembatan gunting.
Diego Carlos with a great effort and a little luck to put Sevilla up 3-2 in the Europa League final!! #UELfinal pic.twitter.com/xtQIdqIQwV
— IV Sighters (@IVSighters) August 21, 2020
https://twitter.com/i/status/1296911300224618496
Agak menarik kerana pada separuh masa pertama, Diego Carlos turut cuba melakukan libasan gunting di hadapan gol Inter Milan.
Diego Carlos was trying that over-head kick in the first-half as well. 🚲 pic.twitter.com/t444lTeyYU
— Squawka News (@SquawkaNews) August 21, 2020
Tamat perlawanan Sevilla menang 3-2 ke atas Inter Milan. Sevilla menjuarai Liga Europa pada musim pertma Julen Lopetegui menguruskan pasukan tersebut.
Antonio Conte sekali lagi menamatkan saingan sebagai naib juara.
Sevilla kini sudah menjuarai 6 UEL daripada 6 final. Mereka seolah olah tak tahu apa erti kalah dalam final UEL.
⏰ RESULT ⏰
🔥 Drama and goals in Cologne 😍
⚪️🔴 Sevilla become six-time champions! #UELfinal
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) August 21, 2020
Sevilla menjadi pasukan paling berjaya dalam sejarah Europa League. Tiada pasukan lain yang memenangi piala ini lebih dari tiga kali. Hanya Sevilla sahaja yang mampu melakukannya.
Agak simpati dengan nasib Christian Eriksen yang tewas dalam 2 final Eropah berturut-turut.
2 European Final losses in 2 years for Christian Eriksen
📅 18/19: Champions League
❌ Liverpool 2-0 Tottenham
📅 19/20: Europa League
❌ Sevilla 3-2 Inter Milan #EuropaLeagueFinal pic.twitter.com/wHn6VWTGK4
— EPL Statman (@EPLStatman) August 21, 2020