[VIDEO] Gol Luar Biasa Valladolid Dinafikan Kerana Wisel Dah Berbunyi Sebelum Bola Masuk

Ramai menganggap Valladolid telah dirompak gol mereka dalam aksi berdepan dengan Sevilla semalam.

Pasukan tersebut bertarung mengelak penyingkiran.

Dalam aksi di tempat sendiri, mereka seharusnya mendahului 1-0 pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Percubaan pertama mereka dihadang oleh lawan. Dan kemudian Sergio Escudero meluru ke atas dan merembat masuk dari jarak jauh.

Malangnya, pengadil, Artiz Arias sudah meniup wisel sebelum bola itu masuk,

Keadaan itu sangat kontroversi. Kerana masa tambahan waktu kecederaan adalah waktu minimum dan pengadil dianggap seharusnya membenarkan fasa itu berakhir barulah meniup wisel.

Malah ada menganggap ianya salah satu rompakan terbesar dalam bola sepak.

Valladolid masuk ke separuh masa kedua dan kalah 3-0. Jika gol separuh masa pertama itu dibenarkan, mungkin peminat akan melihat aksi bola sepak berbeza.

Selepas tamat perlawanan, Artiz Arias dibantu oleh petugas keselamatan dan pihak polis kerana risau dengan keselamatannya.

Pundit terkemuka di Sepanyol Toni Padillia menjelaskan, keadaan itu berlaku kerana pengadil membelakangkan tiang gol ketika rembatan itu dibuat.

“Pengadil membelakangkan gol, itu yang silapnya, dia terus menaikkan tanganya, dan menutup mata, bersedia meniup wisel penamat separuh masa, pada momen Escudero mahu merembat.”

Padilla berpendapat, gol Escudero itu wajar diberikan. Namun apa boleh buat, pengadil sudah membunyikan wisel. Dan yang beruntung adalah Sevilla.

Padilla turut menganggap insiden itu memberikan kesan kepada prestasi Valladolid pada separuh masa kedua.

Dengan kekalahan itu, Real Valladolid cuma 1 mata di zon selamat ketika ini.

Saksikan insiden itu di sini:

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.