Video: Gol Mason Greenwood Dengan Sweet Foot, Penyelamat United

Sekali lagi pesona kaki manis Greenwood menyelamatkan Manchester United daripada kekalahan yang tidak mereka ingini ketika sedang meniti titian winning streaks.

Tidak pasti sudah berapa kali beliau melakukannya. Dan pastinya beliau kini menjadi watak yang seperti vaksin untuk

Manchester United dalam perlawanan ini berhadapan dengan kesukaran untuk memecahkan two banks of four.

United melepaskan gol awal. Namun mereka bergelut untuk memperbaiki aspek kreativiti dan ketajaman.

Dan Solskjaer sudah memiliki senjata yang sangat boleh harap iaitu pemain berusia 17 tahun Mason Greenwood.

Greenwood memang natural finisher. Maka tak hairanlah Solskjaer pernah menyatakan Greenwood sebagai best finisher dari segi kesemulajadian di hadapan gol.

Beliau menerima bola daripada Daniel James dan melakukan rembatan leret yang rendah dan melengkung pada akhir fasa bola.

Greenwood memiliki kualiti kaki kiri dan kanan.

Greenwood telah menjaringkan lebih banyak gol daripada Alexis Sanchez dalam masa 2 musim di Man United. Dan usia beliau baru hanya 18 tahun.

https://twitter.com/utdxtra/status/1206237455516676104?s=19

Penyudah yang sangat baik dengan rembatan pada surface bola yang tepat. Itu aku panggil natural no.9 finisher.

https://twitter.com/Au3108/status/1206236586192580608?s=09

Memang lentok juga gol ni.

https://twitter.com/SistaKate1/status/1206251222216445955?s=09

Manchester United mengelak daripada kekalahan di tempat sendiri. Sebab aku dah cakap sebelum ni, seri ni sama ada kau hilang 2 mata ataupun dapat 1 mata.

Dan Manchester United hari ini adalah hilang 2 mata. Mujur tak hilang kesemua tiga mata.

Everton mendahului menerusi jaringan sendiri oleh Victor Lindelof.

Namun Everton gagal untuk memanfaatkan beberapa peluang mereka untuk melukakan lagi Man United.

United meningkatkan intensiti permainan mereka pada separuh masa kedua. Melaburkan extra man di attacking line

Kemasukan Greenwood memberikan mereka gol.

Agak menghampakan kerana pemain seperti Martial dan Rashford gagal untuk memberikan impak lebih besar di serangan.

Namun satu peristiwa yang kesian juga si Noise Keane. Masuk padang. Lepas 18 minit dikeluarkan semula dan dia tak salam langsung coach dia wei.

Rumusan

Rumusan aku untuk Man United ini bukan keputusan terbaik namun mereka berjaya mengelakkan keputusan yang lebih teruk.

Mason Greenwood terus cemerlang dan terus membuat statement bahawa beliau berhak untuk berada dalam pasukan utama lebih kerap.

Baca yang lain