[Video] Gol Messi Dibatalkan Sebab Handball, Di Mana Handballnya?

Isu pengadil mamai terus menguasai saingan UCL yang bersambung semula.

Dalam perlawanan melibatkan Juventus dan Lyon pengadil memberikan dua penalti yang tak sepatutnya.

Dan dalam aksi semalam pula, satu gol Lionel Messi ditarik balik kerana dituduh handball.

Walaupun Barcelona menang 3-1 dalam aksi tersebut. Namun para peminat menganggap keputusan pengadil menarik balik gol Messi sebenarnya meletakkan kempen Barcelona dalam risiko.

Dan ia juga sangat tak adil untuk Lionel Messi yang pada ulang tayang dilihat melakukan kawalan bersih dengan dadanya sebelum melepaskan rembatan.

Korang saksikan di sini:

https://twitter.com/i/status/1292183491275182080

Pengadil ternyata melakukan pengadilan yang lemah sekali lagi terutama sekali VAR.

https://twitter.com/i/status/1292183052244877313

Ada yang mempersoalkan, bagaimana VAR boleh tidak membenarkan gol tersebut? Di mana kesilapan oleh Messi?

Messi jelas sekali kecewa dan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku pada ketika itu.

Barcelona menang 3-1 dalam perlawanan kedua menentang Napoli untuk mara secara agregat 4-2.

Lenglet meletakkan Barca di hadapan pada minit ke-10.

Lionel Messi menambah gol kedua pada minit ke-23.

Pada masa kecederaan separuh masa pertama, pengadil memberikan dua penalti. Masing masing kepada Barca dan Napoli yang disudahkan Suarez dan juga Insigne.

Kemenangan ini membolehkan Barcelona mara ke suku akhir. Dengan lawan yang menanti mereka adalah Bayern Munich.

Ini selepas Bayern menewaskan Chelsea dalam satu lagi perlawanan. Lewandowski berada dalam prestasi terbaik beliau dengan 2 gol dan 2 assist.

Bayern menang 4-1 ke atas Chelsea bersamaan dengan kemenangan agregat 7-1 memihak pasukan Bavaria.

Baca yang lain

Bayern Mahu De Zerbi

Roberto De Zerbi dikaitkan dengan Bayern Munich sebagai calon pengganti Thomas Tuchel. Tuchel akan meninggalkan Bayern pada akhir musim ini. Dengan beberapa

Ten Hag Kritik Pressing Sebelah Kiri

Erik Ten Hag mengkritik mutu pertahanan sebelah kiri pasukannya ketika menentang Fulham. Ini kerana arah tersebut sangat lemah ketika bertahan terutama sekali