VIDEO: Gol Mo Salah vs City Dari Semua Sudut Pandangan

LFC TV mengeluarkan footage untuk semua angle, bagi gol kedua Liverpool ketika menentang Man City. Liverpool menang 3-1 dalam aksi menentang City.

Gol pertama menerusi Fabinho. Manakala gol kedua adalah daripada Mo Salah. Gol ketiga menerusi Sadio Mane. Gol team tu, malas nak cerita, sebab aku tak sabar nak cerita pasal gol Salah ni.

Gol ini adalah bermula daripada situasi Liverpool kena couterpressing di kanan. Liverpool setenang Bob Marley, melepasi pressing itu dan Trent dengan cepat menukar arah bola ke sebelah Robbo.

Kalau korang perhatikan, Trent melakukan spray pass dengan kaki lemah ataupun weaker foot kata orang Pajam.

Kau mesti tak perasan sebab sibuk bergaduh pasal VAR kan? Macam aku tak tau. Gigih sangat.

Mo Salah menjana larian awal dan menemui titik sentuhan yang diidamkan. Mo Salah tak ofsaid selepas VAR mengeluarkan gambar aksi ini:

Ketika Robbo melakukan cross, bola melantun di antara Fernandinho dan Bravo. Keeper tak boleh buat apa dan Fernandinho clear angin. Mo Salah melakukan sundulan kemas ke dalam gawang gol.

Jadi jom saksikan gol ini kembali.

Cantik bukan? Gol ini adalah gabungan ketenangan ditambah dengan ketepatan dan kejituan. Seterusnya decision making yang cepat, serta teknik. Kalau Mo Salah control bola tu, mungkin dia tak dapat gol tu.

Satu lagi, Mo Salah mendapat gol itu kerana beliau banyak membaca analisis di Liverpool Half-Space.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan