[VIDEO] Gol Penyamaan Dramatik Casemiro Masa Kecederaan, Kepa Dah Cuba Namun Tak Berdaya

Kepa Arrizabalaga antara pemain yang cemerlang dalam aksi antara Chelsea dan Manchester United.

Tanpa prestasi cemerlang Kepa, Chelsea mungkin menanggung kekalahan dalam perlawanan ini.

Namun malangnya, tandukan Casemiro pada masa kecederaan sebelum tamat perlawanan telah menembusi gawang Kepa yang kebal sepanjang malam.

Casemiro melakukan tandukan yang hanya mampu disentuh Kepa dengan hujung jarinya dan terkena tiang. Bola kemudian melantun ke tengah garisan gol.

Kepa sedaya upaya cuba menyelamatkan bola tersebut namun tidak berdaya. Ini ditambah dengan teknologi canting GLT ataupun Goal line Technology yang mengesan kedudukan bola tersebut.

GLT mengesahkan bola Casemiro sudah melepasi garisan gol sepenuhnya. Dan isyarat dihantar ke jam khas di tangan pengadil. Pengadil memberikan isyarat bahawa bola itu masuk.

Drama tersebut berlaku pada masa kecederaan ketika jam menuju ke enam minit terakhir yang diberikan pengadil sebagai masa kecederaan.

Chelsea ketika itu sedang berkira kira untuk meraih 3 mata menentang Manchester United.

Ianya selepas mereka mendahului menerusi penalti Jorginho. Penalti itu diberikan kepada Chelsea selepas Scott McTominay memeluk Broja.

Jorginho yang merupakan pakar sepakan penalti dengan tenang menewaskan David De Gea.

Namun hasrat Chelsea untuk meraih 3 mata tidak kesampaian kerana tandukan Casemiro. Dia melonjak tinggi memenangi bola hantaran lintang daripada bek sisi antarabangsa England, Luke Shaw.

Akhirnya kedua dua pasukan berkongsi 1 mata di Stamford Bridge.

Boleh dikatakan ianya 1 mata yang adil untuk kedua dua pasukan.

Walaupun Kepa bolos dengan cara yang kejam, namun secara keseluruhannya, penjaga gol Chelsea itu berada di prestasi yang sangat mengagumkan.

Dia telah menyelamatkan kesemua 23 percubaan ke atasnya sebelum ini.

Seterusnya untuk Casemiro, pemain itu menjadi pemain yang sekali lagi dengan statistik berjaya memenangi bola lebih daripada pemain lain dalam 2 perlawanan berturut turut.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Baca yang lain