Semalam telah berlaku kontroversi yang menyatakan bahawa gol Sadio Mane adalah tidak bersih, dan satu usaha VAR membantu Liverpool untuk menang.
Bergema kembali perkataan LiVARpool yang dikaitkan dengan korupsi.
Ada dua insiden yang dikaitkan dengan kedtidakbersihan gol Sadio Mane tersebut.
Pertama sekali Adam Lallana yang dikatakan Handball ketika melakukan lorongan / assist kepada Sadio Mane.
Namun penilaian semula menerusi VAR jelas sekali pemain itu menggunakan bahunya. Satu assist yang bijak tetapi hampir tidak wujud.
Pengadil ni pun satu. Benda macam tu pun berminit dia nak bagi.
Seterusnya adalah insiden Van Dijk ketika asas kepada binaan gol itu. Van Dijk dikatakan handball di kawasan sendiri.
Ini adalah gambar yang dikatakan menunjukkan gol Liverpool itu diasaskan daripada Handball.
Kenapa VAR tidak membatalkan gol itu kerana ini jelas sekali Handball?
VAR dalam kenyataan mereka menyatakan insiden Van Dijk ini tidak jelas.
Di atas padang pula tidak ada seorang pemain Wolves yang membantah gol itu kerana Van Dijk Handball. Tetapi mereka merasakan Adam Lallana yang handball.
Nice handball Van Dijk! What is the point of VAR! pic.twitter.com/lHC04YEwFy
— fkrmcf (@fkrmcf) December 29, 2019
Tetapi akibat Adam Lallana yang jelas clean maka gol Sadio Mane itu kini mulai diperdebatkan kerana Virgil Van Dijk.
Namun sebenarnya bola itu hanyalah rolling di bahagian dada Virgil Van Dijk dengan comelnya hasil trap control yang baik.
Great handball there 🙄 pic.twitter.com/7YLoTR7A6P
— Jonathan (@JCLFC_) December 29, 2019
There is absolutely no way you can say that this was handball from Virgil Van Dijk…. https://t.co/RdQ2XYNNM3
— Anything Liverpool (@AnythingLFC_) December 29, 2019
Ball rolls up van Dijk's chest and he moves his arm out of the way. No handball. Go back to crying or demanding Ole out or Glazers out or whatever it is you midtable clubs do these days. pic.twitter.com/VJJnbw9oNl
— Ant* – LFC CHAMP19NS* (@OfficialAN_87) December 29, 2019
Dan Virgil Van Dijk melakukan spray pass yang sangat cantik ke hadapan untuk mencetuskan assist cemerlang Adam Lallana. Ianya shoulder assist kau tau tak.
Tetapi tak ramai nak bercerita tentang passing connection di antara VVD, Lallana dan Mane sebab sibuk dengan benda lain.
Seterusnya Wolves pula ditimpa kontroversi jaringan Pedro Neto telah dibatalkan oleh VAR.
Ianya kerana ada pemain mereka yang ofsaid ketika binaan serangan.
Kita faham kegeraman penyokong dan pemain Wolves. Sebab kita pun pernah beberapa kali kena macam ni.
Sebelum ni Sadio Mane pun kena. Tetapi mujur Mane ni bangkitkan semangat pemain dan fans supaya tak terganggu dengan benda macam ni.
Roberto Firmino pun pernah diaibkan dengan keputusan VAR yang menyatakan ketiak dia ofsaid.
Liverpool menang sekali lagi dalam saingan liga. Penutup 2019 yang cemerlang. Kalau tak menang sia sia pakai lencana emas tu dekat dada..
Liverpool kini 13 mata di puncak liga dan sudah 50 perlawanan liga tak terkalah lagi di Anfield. Mencatatkan 40 menang dan 10 seri. Fortress sebenar dah ni.
Liverpool berhempas pulas bertahan pada babak akhir separuh masa kedua. Berdesup desup shot dari jauh oleh Wolves.
Namun apa yang penting adalah 3 mata dan gandingan Gomez – Van Dijk sekali lagi membantu menghasilkan helaian tak tercermar/ clean sheet.