[VIDEO] Gol Scorpion Kick Tak Masuk Akal Origi Hantar Liverpool Ke Suku Akhir

Divock Origi melakukan gol yang dianggap luar biasa dalam aksi berdepan dengan Preston North End.

Divock Origi menjaringkan ‘tendangan kala jengking’ yang menakjubkan ketika Liverpool menewaskan Preston 2-0 untuk mara ke suku akhir Piala Carabao pada malam Rabu.

Kenangan indah ketika membelasah Man United 5-0 pada Ahad lalu masih segar dalam ingatan penyokong Liverpool.

Tidak mengejutkan untuk melihat penguasaan Liverpool – penjaga gol Declan Rudd adalah satu-satunya pemain Preston yang menyentuh bola dalam lima minit pertama pembukaan – tetapi Liverpool tidak dapat menterjemahkannya kepada peluang gol kerana tuan rumah bertahan dengan kuat.

Sebaliknya Preston turut memiliki momen mereka. Tom Barkhuizen memintas masuk ke dalam zon Matip sebelum melepaskan tembakan, kemudian Ryan Ledson mencuba sepakan voli.

Preston kemudian memberikan detik cemas buat Liverpool. Brad Potts melepaskan diri dari Matip tetapi rembatannya ditepis oleh Adrian.

Peluang terbaik Preston kemudian hadir pada minit ke-28. Namun sekali lagi mereka mempersiakan peluang. Preston sepatutnya berada di hadapan pada separuh masa pertama. Namun penyokong Liverpool berterima kasih kepada Adrian yang melakukan 2 saves.

Liverpool sungguh bernasib baik kerana tak dihukum pada separuh masa pertama. Harus diakui, pretasi Adrian juga penyelamat kepada The Reds.

Pada separuh masa kedua, Matip digantikan oleh Nat Phillips pada waktu rehat, dan Liverpool akhirnya berada di hadapan menerusi Takumi Mimamino pada minit ke-62.

Liverpool terus menguasai perlawanan namun hasilnya tetap agak mengecewakan. Pasukan tuan rumah bertahan dengan sangat baik.

Momen Origi buat scorpion kick

Dan pada minit ke-84, Origi menutup ruang untuk Preston bangkit. Segalanya bermula daripada lambungan Kostas Tsimikas yang terkena palang.

Bola dikutip oleh Neco Williams yang merembat, tetapi terbias pada kaki pertahanan lawan. Origi melihat bola melaluinya telah mengeluarkan jurus ajaib sepakan kala jengking ala Giroud.

Bola beliau sangat jahat dan lalu melepasi kepala penjaga gol dengan lemah gemalai.

Saksikan di sini

Ianya dianggap tipikal gol Origi yang suka menjaringkan gol gol pelik bersama Liverpool.

Liverpool berjaya mara ke suku akhir Piala Carabao dengan kemenangan 2-0 ke atas Preston.