Video: Gol Screamer Lencongan Pisang Ultra Jones Singkir Everton

Liverpool turun dalam aksi derbi Merseyside, berhadapan musuh sebandar Everton yang menyatakan kali ini mereka akan menang kerana ada Don Carlo.

Ini adalah kunjungan pertama Carlo Ancelotti sebagai pengurus Everton untuk aksi derbi Merseyside.

Jurgen Klopp melakukan rotation pada skuad kali ini. Isu kecergasan dan jadual yang sangat padat membuatkan perkara itu perlu dilakukan.

Pemain baru, Takumi Minamino diberikan debut dalam perlawanan ini dan beberapa pemain muda turut diberikan kepercayaan untuk beraksi.

Adrian diturunkan di gawang. Seorang lagi pemain yang dipanggil menyertai The Reds secara kecemasan, Nat Phillips juga bermula.

Bersepah budak budak wechat diberikan tanggungjawab pada hari ini.

Everton pula menurunkan kesebelasan terkuat mereka dalam usaha menamatkan badi di Anfield. Siap buat video tu tak tahan tu. Letak Coibi (COYB) tu.

Korang layan la video semangat ini.

Separuh masa pertama Liverpool diselamatkan penjaga gol kedua mereka iaitu Adrian.

Beliau melakukan tiga aktiviti penjimatan bijak dalam perlawanan ini.

Separuh masa pertama menyaksikan peluang untuk Takumi Minamino sesi suai kenal dan ice breaking.

Everton ada beberapa peluang keemasan namun gagal disudahkan.

Richarlison hilang tumpuan dan lebih banyak meroyan di atas padang.

Pemain pemain muda Liverpool jelas sekali lebih baik walaupun kehilangan abang ngah Milner. Beliau keluar awal. Terlalu banyak game kot.

Keremajaan Liverpool ini memang membuatkan Everton bernafsu mahu melepaskan nafsu serakah kononnya dengan wajah jambu seperti Harvey Elliot.

Momen magis menjelma pada minit ke-71, apabila budak wechat berusia 18 tahun, Curtis Jones melakukan screamer dengan lengkungan pisang ultra.

Sungguh cantik gol itu, mengingatkan kita kepada aktiviti budak sakit belakang satu ketika dahulu.

https://twitter.com/i/status/1213875537669763072

Pickford tertewas dan tak berdaya diperlakukan sebegitu rupa.

Pada usia 18 tahun, Jones kini menjadi pemain paling muda menjaringkan gol dalam derbi Merseyside ketika baru saja pecah kotak suaranya kerana baligh.

Malah kehebatan Jones dipuji oleh musuh utama yang berjaga menantikan kekalahan Liverpool. Dan terpaksa dia masukkan video Gerrard slip nak buat lepas geram.

Malah pengelola kejohanan Piala FA menyatakan mereka tiada kata kata lagi untuk gol seperti itu. Cuma perlu menikmatinya dengan rasa cinta dan kekaguman.

Cantik bukan? Rembatan ke tong atasan / top bin.

Itulah gol tunggal Liverpool. Tak perlu banyak. Yang penting menang.

Everton sangat kecewa dengan keputusan ini. Bermula sumpah menyumpah di Twitter mengarahkan pembelian pemain termasuk Neymar, kerana mereka ada Ancelotti katanya.

Liverpool berjaya dalam gamble kali ini. Klopp ketika gol Curtis Jones tadi, cuma mampu senyum.

Kredit kepada semua pemain hari ini. Semua bermain baik. Williams, Gomez, Nat, Larouchi, Curtis, Minamino, Harvey, Adrian dan semua sekali. Cilaker, nak sebut satu satu pulak.

Penghargaan khas untuk Kapten Lallana, good job capt.