Kieran Trippier membuka akaun golnya untuk Newcastle dengan cara yang menakjubkan menerusi sepakan percuma screamer yang sangat memukau dalam kemenangan penting pasukannya 3-1 ke atas Everton.
Trippier membuktikan sekali lagi kenapa dia menjadi singning terpenting Newcastle pada kali ini.
Anak buah Eddie Howe mengalu-alukan kedatangan Frank Lampard dan The Toffees ke St James’ Park pada aksi Selasa – ketika Newcastle berjuang bermati matian untuk mendapatkan tiga mata bagi mengelakkan penyingkiran.
Gol sendiri oleh Jamaal Lascelles membolehkan Everton mendahului pada separuh masa pertama. Namun peliknya, seminit kemudian, Everton pula melakukan OG menerusi kesilapan Mason Holgate menyamakan kedudukan untuk Newcastle.
Ryan Fraser menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua untuk meletakkan Magpies 2-1, dengan Trippier memastikan Newcastle memperoleh tiga mata penuh dengan sepakan percuma yang sangat cantik. Itu memang keparakan Trippier.
Tendangan menerusi sepakan percuma sejauh kira kira 23 meter pemain pertahanan kanan antarabangsa England, berusia 31 tahun itu terus menewaskan seorang lagi pemain antarabangsa Three Lions iaitu Jordan Pickford.
Sepakan percuma itu melencong keluar dan masuk ke near post.
WHAT A GOAL BY TRIPPIER
pic.twitter.com/C7Srw303Fr— 🦕 (@MASElNHO) February 8, 2022
Trippier adalah pembelian utama pertama pemilik Newcastle yang dimiliki konsortium Arab Saudi, yang membeli kelab itu dengan harga £300 juta daripada Mike Ashley Oktober lalu.
Newcastle membayar £12 juta dengan bonus tambahan kepada Atletico Madrid pada jendela perpindahan Januari untuk pemain antarabangsa England itu.
— futbolextranjero (@futbolextranj18) February 8, 2022
Newcastle meneruskan perbelanjaan mereka dengan pembelian Chris Wood dari Burnley yang dibayar dengan mengaktifkan klausa pelepasan pemain itu. Kemudian Dan Burn dari Brighton dan Bruno Guimaraes dari Lyon.
Kemenangan penting Newcastle 3-1 ke atas Everton membawa mereka keluar dari zon penyingkiran, dengan Norwich City jatuh ke tempat ke-18.
Anak buah Howe kini berada dua mata di atas The Canaries dan ketinggalan satu mata di belakang Everton di tangga ke-16.
Frank Lampard menggantikan Rafa Benitez sebagai bos Everton bulan lalu, dengan bekas pengurus Chelsea itu menghadapi tugas berat di The Toffees.
Legenda Chelsea itu mengetuai perlawanan pertama Everton pada hari Sabtu dan menyaksikan pasukannya membelasah Brentford 4-1 pada pusingan keempat Piala FA di Goodison Park.
Bagaimanapun, kekalahan kepada Newcastle akan memberi tekanan kepada Lampard ketika Everton semakin menghampiri zon penyingkiran.
Newcastle akan kembali beraksi pada hari Ahad apabila mereka melayan Aston Villa di St James’ Park.
Saksikan rangkuman aksi Newcastle dan Everton di sini dengan Bahasa Thailand. Sedap juga menikmatinya. Sup sap sup sap.