[VIDEO] Gol Sulung Dion Cools Untuk Malaysia

Dion Cools berjaya membuka akaun golnya untuk pasukan Malaysia sejak mewakili Harimau Malaya.

Cools merupakan pemain berdarah warisan Malaysia yang sentiasa komited untuk Malaysia.

Cools melakukan rembatan deras dari half space berdekatan Byline dan menewaskan penjaga gol Bangladesh.

Malaysia bermula dengan garang pada separuh masa pertama. Melakukan beberapa siri percubaan.

Davies kemudian dijatuhkan oleh Atiqur Fahad di dalam kotak penalti. Dan Safawi meletakkan Malaysia di hadapan pada minit k-16.

Selepas bersambung, Safawi melakukan satu percubaan jarak dekat namun diselamatkan penjaga gol. Davies melakukan half volley susulan yang sedikit tersasar.

Bangladesh kemudian mengejutkan Malaysia apabila membalas gol Safawi Rasid pada minit ke-31, menerusi Mohammad Ibrahim yang belari masuk ke dalam kotak penalti, tanpa dikawal mana mana pemain.

Bangladesh ternyata memberikan ancaman menerusi lontaran ke dalam Bishawanath Ghosh.

Tersentak dengan gol itu, Dion Cools dan Safawi Rasid masing masing cuba mencari gol kedua. Safawi menerima bola dalam kotak penalti dan rembatannya dihadang.

SNBJ kembali bergema dengan sorakan penyokong apabial Dion Cools menjaringkan gol pertamanya untuk Malaysia oada minit ke-38. Itu juga gol yang meletakkan Malaysia kembali di hadapan.

Lebih menarik gol itu dilakukan di hadapan penyokong Harimau Malaya. Syabas kepada Cools di atas gol pertama anda.

Syafiq Ahmad sekali lagi melakukan percubaan bahaya menerusi tandukan yang diselamatkan penjaga gol.

Separuh masa pertama berakhir dengan Malaysia 2 Bangladesh 0.

Baca yang lain