[VIDEO] Gol Sulung Messi Yang Merecik Dan Detik Beliau Jadi Low Blocker

Lionel Messi mendapat banyak tekanan dan kritikan sejak menyertai PSG. Lebih lebih lagi seteru utama beliau, Cristiano Ronaldo sudah menjaringkan beberapa gol sejak menyertai Man United.

Messi pula kemarau gol dalam beberapa perlawanan. Ramai yang mulai sangsi kemampuan Messi beraksi bersama PSG selepas meninggalkan Barcelona.

Messi berada dalam senarai kesebelasan utama menentang Man City, selepas beliau mengalami kecederaan minggu lalu.

Perlawanan ini adalah blockbuster dalam bola sepak, mempertemukan dua pasukan yang kaya raya dan sarat dengan bintang handalan.

Messi  bergandingan dengan trio fantasi bola sepak dengan Mbappe dan Neymar. Selain itu, Donnarumma turut berada dalam kesebelasan utama kali ini.

Setelah berusaha dengan sedaya upaya, akhirnya pemain antarabangsa Argentina itu akhirnya membuka akaun gol beliau bersama dengan kelab barunya.

PSG di hadapan seawal minit ke-8 menerusi Idrissa Gueye.

Messi memastikan PSG dua gol di hadapan pada separuh masa kedua dengan gol pada minit ke-74.

Messi memulakan larian dari tengah dan beliau bertukar hantaran dengan Kylian Mbappe. Messi kemudian menewaskan Ederson dengan percubaan sesedap rasa, tak terlalu kuat, namun sangat tajam dan tepat.

Korang boleh saksikan gol itu di sini:

Gol itu disambut dengan sorakan padu dari penyokong PSG.

Selain daripada gol dan keraian gol Messi, satu lagi momen menarik perhatian adalah ketika Messi menjadi wall rendah untuk pasukannya.

Tidak ada ego langsung untuk Messi melakukan tugasan itu walaupun dia seorang superstar. Bukti bahawa Messi adalah team player, sama seperti pemain lain.

Low Blocker

Pada 2018, pemain tengah Inter, Marcelo Brozovic menjadi viral kerana berbaring depan wall ketika berhadapan dengan sepakan percuma Barcelona. Brozovic menjadikan dirinya benteng rendah secara mengejut.

Ianya dianggap low blocker paling padu setakat ini.

Sepakan percuma yang diambil Suarez ketika itu berjaya dihalang oleh Brozovic di dalam keadaan dia segera berbaring. Dan selepas itu semakin banyak pasukan mengesan keberkesanan taktik ini.

Lihat di sini:

Selepas aksi ini jugalah semakin ramai mengakui keberkesanan taktik ini dalam menghentikan bola rendah jika ianya dilakukan dengan betul.

Brazil belajar dari Ronaldinho

Sebenarnya pendekatan ini sudah lama wujud di Eropah. Dan dipercayai ianya sudah menjadi salah satu modul utama akademi di Brazil. Akademi akademi di Brazil menggunakan Ronaldinho sebagai contoh kajian yang sangat penting. Di mana pemain itu gemar menewaskan lawannya dengan trik tak diduga.

Salah satu daripadanya adalah sepakan percuma leret ini ketina menentang Bremen dalam saingan UCL 2006/07.

Bermula dari sinilah, benteng untuk bola rendah ini semakin digariskan. Sebelum itu memang sudah ada. Tetapi Ronaldinho memberikan reality check yang besar kepada pengurus lawan.

Ronaldinho melakukan pendekatan serupa ketika bermain untuk Flamengo berdepan Santos ketika menang 5-4. Di mana Ronaldinho melakukan sepakan rendah dengan pemain pemain di benteng melompat.

Bekas pemain Clube Parana, Lucio Flavio sangat mahsyur di Brazil namanya kerana digelar pakar sepakan percuma rendah. Lalu semakin banyak pasukan menggunakan pendekatan benteng dengan pemain berbaring untuk menghadangnya.

Bekas pemain pertahanan, Adilson berkata: “Ketika membuat benteng, kamu harus menentukan sama ada nak melompat atau kekal berdiri. Apabila melihat Lucio Flavio dan Ronaldinho melakukan banyak sepakan leret seperti itu, melepasi pemain pertahanan, ianya menjadi sangat normal untuk pemain benteng melompat. ”

Ketika kelayakan Piala Dunia menentang Argentina pada 2016, Marcelo berada di belakang benteng untuk menghadang sepakan rendah Messi.

Coutinho kemudian menggunakan kaedah sama dalam satu aksi Liverpool vs Spurs dalam usaha menghentikan sepakan percuma Eriksen. Dan sejak itu trend tersebut menjadi semakin popular.

Berikut antara beberapa pemain yang pernah menjadi benteng rendah ini:

Juan Mata (May 24, 2017)

Mata menjadi benteng rendah dalam aksi United vs Ajax.

Joshua Kimmich (Nov. 19, 2018)

Joshua Kimmich sanggup meniarap untuk menghadang sepakan percuma pemain Belanda.

Pablo Maffeo (Jan. 16, 2019)

Graduan Man City yang bermain untuk Girona melakukan perkara sama berdepan Extremadura.

Leonardo Spinazzola (Dec. 6, 2019)

Azer Aliyev (March 9, 2020)

Oliver Torres (Sept. 24, 2020)

Neal Maupay (Sept. 30, 2020)

Douglas Costa (Oct. 17, 2020)

Fran Merida (Oct. 28, 2020)

Antonee Robinson (Nov. 7, 2020)

Brahim Diaz (Dec. 3, 2020)

Juan Cuadrado (Dec. 5, 2020)

Koke (Dec. 12, 2020)

Donny van de Beek (Dec. 17, 2020)

Denis Cheryshev (Dec. 19, 2020)

Amirul Hisyam vs JDT (2020)

Rumusan

Bola sepak jelas semakin kompleks. Malah ketika membuat wall pun bukan lagi semata mata bergantung kepada aspek fizikal dan teknikal sahaja.

Tetapi kini sudah ada taktikal tersendiri. Anda mungkin pernah baca bagaimana kelab di Sepanyol membuat taktikal khas untuk mengekang Messi ketika sepakan percuma bukan?